Friday, 27 December 2013

Wahai angin sampaikan rindu ini..

Tercatat rindu ini buat dia yang melahirkanku. Aku menyampaikan rindu buat dia melalui doa doaku dalam setiap solatku. Aku sering tertanya tanya apakah aku mempunyai kesempatan untuk membalas cinta ini. Terasa kematian itu makin menghampiri umat islam. hati ini bagaikan kosong dan apakah yang aku ingin isikan sebelum aku menghadap ilahi...Persoalan yang sering menggangu hati ini kadang aku merasa malas meneruskan pengajian ini kerana aku ingin mencari dimana hati ini terletak. Semakin lama kau mencari semakin aku terasa jauh..jauh untuk bersama dia. Aku ingin menjadi dekat sedekat Dia yang meminjamkan nafas ini untuk aku didunia ini. Disini kosong untuk aku. Apakah wawasan untuk aku capai.Kekadang persoalan yang aku persoalkan bagaikan menolak takdir Dia..Aku takut untuk menjadi penolak takdir...
Wahai tuhan aku rindu padamu..
Wahai angin sampaikan rindu buat ibu dan ayah..
Wahai jiwa tenanglah menhadapi ujian..
Wahai fikiran waraslah engkau membuat keputusan..
Sampaikan ilmu semampumu...
walau dengan satu ayat...
Al-fatihah buat ahli kubur...

Saturday, 14 December 2013

share artikel...Pejuang bangsa

TUN MAHATHIR MEMALUKAN ENGLAND Nama beliau ialah Margaret

Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan 

rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr 

Mahathir. Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali 

dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr 

Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah 

Ku Li, Ghaffar Baba, dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Tun Dr Mahathir 

telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas 

undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah 

untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik 

Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British. Guthrie, Sime Darby 

dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak 

Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas 

saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa 

disedari sesiapa. Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa 

kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa 

pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar 

negara kepunyaan Guthrie. Margeret Thatcher amat bengang dengan 

kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan 

Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau 

hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi 

pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum 

ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada 

di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah 

tersebut. Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn 

Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di 

seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan 

pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa 

walaupun kerajaan Britain membantah. Akhbar-akhbar di seluruh 

dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai 

berita 

utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" 

dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan 

tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara 

yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan 

semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang 

Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan. -HE 

[Malaysian Heroes]

Thursday, 5 December 2013

Takdir...


Assalamualaikum....
Aku tahu berdosa andai seseorang yang menolak takdir Allah buat dirinya..
Dan aku juga tahu ujian itu salah satu rencah kehidupan. Walau sesedih mana pun aku cuba untuk terus bertahan dengan apa saja yang ada untuk aku kuat. Namun aku manusia biasa yang lemah, terlalu banyak kekurangan diri ini...sekuat mana aku cuba bertahan sekuat itulah perasaan -ve datang mengasak diri untuk menjadi lemah. Kerana terlalu leka Allah menghantar ujian Dia buat aku untuk aku sedar yang kehidupan ini bukan untuk main-main. Kerana aku terlalu senang Dia uji aku dengan kesusahan. Aku rasakan ujiannya amat berat untukku namun Dia menguji untuk mengajar aku erti sabar, ikhlas dengan pemberiannya.

Walau sehebat mana ujian yang diberikan aku tahu Dia amat menyayangi hambanya. Aku berharap aku mampu mengubah nasib ku ini dengan sesuatu yang lebih baik. Pada mulanya aku sering bertanya mengapa Allah berikan aku ini sedang aku tidak menyukainya. Tapi aku sedar Dia lebih mengetahui lebih dari aku mengenali diri ku sendiri. Allah...Dia maha besar..aku yang kerdil..Pada permulaan kehidupan di uni aku merasakan peritnya kehidupan namun tidak seperit sekarang. Aku sangkakan sukarnya hanya disitu rupanya hari-hari seterusnya lebih berat lagi untuk aku tanggung. ku ceritakan ini bukan untuk mengeluh dengan ujiannya tapi aku cerita untuk melepaskan segala beban fikiran ini buat sementara kerana aku tank mampu bercerita kepada sahabat2 ku...kerana aku tahu mereka juga punya masalah sendiri..lagi pula mereka tak akan faham apa yang aku rasakan ini. Perasaan ini sukar untuk diluahkan.

Sukar untuk mendapatkan apa yang kita suka dan lebih sukar untuk menjalani kehidupan dengan apa yang ditentukan oleh Nya... Perlahan-lahan aku menerima kehidupan yang diberikan untuk ku ini dan apabila aku mula leka, senang menjalaninya Dia seakan menguji aku lagi dengan sesuatu yang aku tak terduga...baru ku tahu sukarnya menjadi insah yang pendiam sehingga tak bisa berbicara didepan orang ramai. Sakitnya bila dihina didepan insah-insan lain. Sebenarnya aku mampu lakukannya namun sifat takut, malu dan segan membuatkan aku tak mampu berdiri dikhalayak untuk membentangkan apa yang aku kaji. Subhanallah...Dia menyedarkan aku sebelum aku melakukan projek sarjana muda aku. Rupanya Dia menghantar malaikat kecil untuk menegur aku tentang kesilapan diri ini..Terima Kasih pada yang menegur walaupun aku terasa sedikit down...tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya aku sedar kesilapan ini. Aku berharap perkara seperti ini tak akan berlaku lagi dan aku mahu berubah..In Sya Allah dengan izin dan petunjuknya...

Monday, 2 December 2013

Futsal vs. RealtorsDay



Dengan selamba kita meneroka...long journey long story..
kisahnya...
setiap tahun aku main futsal tapi tak pernah serius pun..aku main kalau ada game kat uni. Just for fun tapi bila habis terasa macam-macam sakit..kawan aku selalu marah bila aku main. katanya bila main then sakit siapa yang susah..siapa yang pegi cari penyakit kan..so sabar je la sebab nak main...sebenarnya aku main nak hilangkan tension je...dan dalam masa yang sama dapat kawan baru walau pun tak ramai but it fun!
Futssal la permainan yang kawan kawan aku tak suka main...diaorang kata perempuan tak manis main futsal sebab tu permainan lelaki. Tapi bila aku ajak main benda lain pun diaorang taknak main..so batter aku main je futsal..tak salah rasanya main just suka suka untuk kesihatan jugak...game hari tu kite orang dapat  no2 syukur sebab main sebelum ni takde pulak dapat middle ni siap dapat dua lagi..huhu
16 November 2013 berlangsungnya realtorsDay. Tak sia-sia kerja keras kami buat persiapan untuk satu hari yang memberi makna yang indah dalam memory kita semua di UTHM. Walaupun serba kekurangan tapi semuanya gembira. Malam sebelumnya kami buat persiapan sampai tengah malam baru balik..mulanya kami risau juga kalau-kalau hujan pagi esoknya sebab masa kami balik tengah malam tu gerimis. Syukur pada hari itu tidak hujan dan tidak panas terik...udara nyaman je masa main sukaneka...sweet sangat memory tu..semua orang gembira...

UTHM#Realtors#Budak tanah#BPD#chah chicau

Sunday, 1 December 2013

Rindu Abah...

Anakku... 
Memang ayah tak mengandungmu, tα̇pi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu... 
Memang ayah tak melahirkanmu, Memang ayah tak menyusuimu, tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu... 

Anakku...
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat, tapi tahukah kau dalam do'anya selalu ada namamu disebutnya... Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak selamat..

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat bonda, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu... Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...

Bonda hanya ingin kau tahu nak... bahawa... Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta bonda...

Anakku... Jadi diri ayah juga terdapat syurga bagimu... Maka hormati dan sayangi ayahmu...


c&p..

kasih abah sukar dilihat..tapi kasihnya tulus tanpa minta balasan..
aku rindu abah...maaf abah kerana selalu menyakiti abah..
maaf abah kerana tak mampu jadi anak solehah..
maaf abah kerana tak hebat seperti orang lain...
sayang abah, rindu abah...

Saturday, 30 November 2013

Si kecil...



Ni lah si jantung hati saya..dia hilang masa raya haji sbb dia degil p panjat aquarium keluar...
kecik tapi nakal jugak....mama jumpa dia menyorok dekat tempat mama jahit baju...rupa-rupanya dia p tido situ dekat sebulan jugak la...nasib baik umur dia panjang lagi...tu pon jumpa dah kering..lama sangat kot tak jumpa air...dia makan apa entah...tu la degil lagi....org suruh duduk dalam tu diam-diam nak jugak merayau macam nicky...hai la nicky la ni bagi ajaran sesat kat neo...yang kecik ni pon satu dk nak ikut jejak langkah nakal nicky tu...hurmmm
sekarang dia duduk kat kampung...rindu nak tengok....harap-harap adik jaga mereka dengan baik...jangan dia p dera kura-kura aku dah...hikss...hahaha stop doing like that noe....buat orang sedih jer... ^_^

Melodi Kehidupan..

Pernahkah terfikir mengapa kehidupan ini sukar...melayari kehidupan yang penuh ranjau yang tak tahu apa kesudahannya...penah kita bertanya mengapa kita dan kenapa kita harus hadapi ini...pernah kita fikir mengapa kita hanya bertanya apabila kita menghadapi masaalah...dan mengapa kita tak pernah bertanya ketika kita bahagia da kita senang? pernah kita fikir pada siapa kita tanyakan soalan itu?pada diri atau pada tuhan? terlalu banyak persoalan yang belum terjawab dan kita terus bertanya dan bertanya...bagaimana kita mendapat sebuah jawapan yang pasti bagi soalan yang kita tanyakan? atau apakah kita tak pernah berfikir jawapan bagi soalan kita...sungguh kejamnya kita pada diri sendiri...saat sukar siapa yang kita cari...saat bahagiaaaa siapa yang kita tinggalkan?? soalan ini yang kita tak sedar sebenarnya jawapanya ada depan kita...saat susah kita cari Allah...saat bahagia kita tinggalkan Dia ...namun sedarkah kita Dia tak pernah menolak kita jauh seperti manusia menolak kita saat mereka benci...yeahhh sebuah kehidupan itu sukar..kerana itu adalah melodi yang mengindahkan  suasana...lagu yang sedap didengar kerana melodinya...dan kehidupan kita indah sebab dugaan Dia yang menjadi melodi kehidupan kita... pernahkan kita terfikir alangkah indahnya semua yang kita inginkan kita boleh dapatkannya dengan sekelip mata? aku pernah.....tapi pernah kita terfikir..indah kah kehidupan jika semuanya baik...tiada dugaan, tak perlu beusaha dan semuanya tersedia depan kita...tentunya kita takkan pernah menghargai apa yang kita dapat...kerana itu dunia ini Allah jadikan tempat untuk kita berusaha dan sejauhmana kita mampu taat padanya...dan jika semua yang diujinya kita berjaya melepasi tanpa berputus asa,, Dia sudah janjikan ganjaranya...melodi hati ku...melodi kehidupan...melodi.....

Thursday, 14 November 2013

Station Bas

Tak sempat nak bercerita sebuah kisah kerana terlalu sibuk dengan tugasan yang sepatutnya siap masa cuti seminggu..Abah dan mama hantar aku ke station bas ahad yang lalu. Maka alkisah terjumpa la dengan sepupu abah ni...sambil duk tunggu bas ni borak punya borak tetiba je dia tanya aku nak tak jadi girlfriend anak lelaki dia yang sebaya dengan aku..haih dah la depan abah lagi la aku malu..tak tahu apa nak jawab aku gelak sambil geleng kepala...malunya rasa..dari kecik lagi dia duk padankan aku dengan anak dia...haish..mintak-mintak la dia main-main ja masa tanya aku macam tu..hai tak sanggup aku bercinta dengan playboy tak hingat tu...hahaha teringat lak citer ''Playboy itu suami aku'' macam nak kena je..hahaha mintak-mintak la tak kan..tak sanggup makan hati la hai...
Tapi aku takut jugak kalau dah memang jodoh mana aku nak lari ni...his father suka sangat mengusik aku..hurm tak tahu la apa yang dia berkenan sangat dengan aku ni...
And the boy sebenarnya aku tak pernah jumpa lagi lepas dia pindah sekolah masa kami sekolah rendah dulu..dia dapat masuk MRSM then aku kena pindah balik kampung mama. Lepas tu kami dah tak jumpa lagi tapi family dia selalu je datang rumah and mama pun selalu jalan rumah dia.
Aku tahu dia playboy pun ayah dia sendiri yang cerita..hahaha hebat giler tu...
dan sekarang dia pun belajar dekat johor jugak tapi aku tak tahu dia belajar ape...yang aku tahu agak dekat dengan Batu pahat ni jugak..hahaha jangan agak apa-apa..itu je ceritanya tapi serius tahu nk jawab apa..lantak la malas nak fikir lagi..habiskan belajar ni..tinggal setahun lebih je lagi...dan kalau ada masa nanti fikir la...haha itu pun kalau sempat fikir...k bye..




ღ(。◕‿◕。)ღ

Dalam kenangan

Setiap yang berlaku adalah kehendak Dia yang maha kuasa...tiada hak untuk kita manusia yang kerdil ini mempertikaikan qada dan qadar Dia...Satu kehilangan yang dirasakan buat keluarga kecil kami. Tok ayah dan Tok seperti redha dengan pemergian anak yang tercinta. Seprti ibu bapa lain semuanya ingin kan anaknya mengusung jenazah mereka bukan anaknya yang pergi dulu. Sedih sudah tentu walau pun diluaran tampak baik-baik saja.
Pemergian yang tidak disangka-sangka. Pada hari jumaat 1.11.2013 arwah pergi konvoi motor berkuasa tinggi untuk karnival motor di Perak. Tanpa disangka ketika perjalanan pulang Allah telah menjemput dia pulang ke sisi yang maha esa. kemalangan berlaku di kuala lipis.sebuah motor yang keluar dari simpang dan arwah tidak dapat untuk mengelak dan terpaksa melanggar bahagian belakang motor tersebut. Demi untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk berlaku pada penunggang motor itu arwah sanggup mengambil risiko mengorbankan nyawa sendiri. Motor yang dipandu terbabas ke sisi jalan dan kecederaan yang teruk menragut nyawanya...Al-fatihah...



My Family is my everything..


Bersama meneroka kehidupan



Having a good day for Real estate student...
Dengan selamba kita meneroka...haha ayat takleh blah..but this is good time for us and our family BPD. kalau ikutkan memang la program ni best tapi ada lak benda yang spoil...tapi tak pe ni kan cabaran dalam nak menjadi pengurus..so jangan mengeluh event ada yang tak nk support. kita go on dengan plan yang dah kita semua buat...In Syaa Allah kalau niat kita untuk merapatkan hubungan, menjalin ukhwah akan dipermudahkan...
tak cuba mana kita tahu...kita dah lama kan sedia mental dan fizikal untuk menghadapi semua benda ni..dari tahun satu lagi kita dah lalui macam-macam dugaan sejak jadi student real estate ni...so tak de alasan kita nk putus asa saat kita nk berjaya...untuk kawan-kawan semua semoga kita berjaya untuk program esok then kita berjaya untuk grad sama-sama nanti...love u guys..BPD 

Jauh disudut hatiku


Luahan rasa dengan cara sendiri...aku cinta,aku rindu,aku kasih...
cinta pada kekasih yang satu..dia yang tak pernah lupa janjinya. dia selalu ada setiap saat. dia yang selalu menanti kala doa dititipkan. dia yang selalu mencintai...
rindu...rindu pada dia,,,,malam malam sepi ku sujud padamu melepaskan resah dan rindu. kala hari makin sunyi,terasa tenang menyapa hati..indahnya..
kasih..kasih takkan hadir tanpa cinta dan rindu...kata-kata pujanggan orang bercinta..

cinta, rindu, dan kasih yang aku ingin ceritakan ialah tentang sahabat. sahabat bagiku satu anugerah yang bernilai untuk disia-siakan. orang kata setiap pertemuan akan ada perpisahan tapi orang takde pulak kata kalau perpisahan tu terjadi segala kenangan antara kita semuanya akan pergi sama. Kalau dah nama kawan,berapa lama sekalipun kita terpisah, dihati dan minda masih terukir kenangan kita bersama dahulu...
Itu lah erti sahabat bagi ku..biar lama tak berhubung namun dihati tetap mengingati...lagikan tempat jatuh dikenang inikan tempat yang penuh dengan memori suka duka bersama. kita bergaduh, kita menangis, kita ketawa bersama...masih terukir indah dalam memori kisah silam yang ku simpan dalam KOTAK kenangan terindah...Bersama kalian adalah satu takdir yang terindah dengan  kenakalan yang mengalahkan budak lelaki..kau tahu kan aku tak pernah lupa semuanya...jangan kau tanya masihkah aku ingat....aku akan sentiasa ingat...walau kau berubah bagaimanapun kau tetap teman yang pernah hadir dalam hidup aku dan selamanya akan tetap menjadi sahabat aku...aku tak pernah lupa itu...


Kenangan memori kita akan selalu sentiasa bersamaku...ღ(。◕‿◕。)ღ

Monday, 7 October 2013

New book!



Subhanallah...sebuah buku yang hebat!!
tinta dari seorang sahabat kepada sahabat....
sungguh hebat kata katanya menjemput kita mencari cinta illahi..
menyedarkan aku tentang cinta dia yang selalu ada untukku..
santiasa menunggu taubatku...
menceritakan keagungan pencinta yang hebat...
pencinta yang selalu ada ketika susah dan senang...
selalu menerima dan terlalu banyak memberi...
terpegun diri ini membacanya...
begitu tulus cinta dia pada hambanya...
kasihnya tidak terhitung...
terasa malu kerana selalu lupa pada dia..
terasa sedih kerana tidak membalas cintanya...
ya tuhan....ampuni aku!

perkongsian bersama...cubalah mencari dimana dia dihatimu....

Mencari dimana Dia

Kembara mencari dimana cintaku...
puas aku mencari Dia...tapi semakin lama semakin jauh aku tinggalkan dia dari hidupku...aku menjadi semakin lupa tentang hakikat hidup yang dunia hanya sementara...semakin jauh aku tinggalkan dia dari hidup ku semakin aku tenggelam dalam lautan dosa...ku masih tidak sedar diri semakin jauh...dan aku semakin lupa pada dia..dia yang selalu menantiku di setiap batas waktu...namun aku terus lalai dan alpa dengan hidup di dunia...aku terlalu mengagungkan dunia sedang akhirat yang kekal!! aku masih tetap sama...masih lalai, selalu lupa untuk sujud padanya...sedang aku tahu dia sentiasa menunggu aku disetiap waktu...tapi aku tetap ego! tetap teruskan hidup tanpa menigati dia sedangkan dunia ini dia yang punya...dan segala nikmat ini dia yang beri....aku tetap sama bernafas tanpa mengucapkan terima kasih setiap sadar dari tidurku yang lena...aku lupa pada dia! aku selalu lupa...jahilnya aku....sedangkan dia maha berkuasa...aku cuba bertanya SIAPA DIA DIHATIKU...namun tiada jawapan yang kutemui...hati ini tak bisa menjawab kerana dia sebenarnya hilang dalam lekanya aku dalam dunia ku...aku terlalu leka dengan nikmat yang sedikit ini sedang nikmat yang tak pernah difikirkan sedang menanti di syurga jika aku beriman padanya...dia selalu menantiku setiap saat walaupon aku lalai...dia tetap memberiku kasih dan sayangnya padaku sedang aku tidak membalas cintanya...aku asyik cintakan dunia yang sementara dari membalas cinta dia yang agung....kasihnya tetap padaku..tapi aku masih mendustakan cintanya...bertanya pada hati lagi SIAPAKAH CINTAMU? namun tiada jawapan kerana aku telah jauh dari dia...kini aku cuba mencari dimana cintaku buat dia...dia yang selalu menunggu aku ketika sunyinnya malam...mengalunkan kalam yang dikirimkan untuk ku...melagukan zikir zikir indah buatnya..merdu dan gemersiknya suara memohon ampun darinya...bercerita denganya...mengadu kepadanya....indahnya malam malam yang dilalui bersamanya...sehingga terasa tenang berada disisinya...tiada lagi resah yang dirasa...mengapa aku terlalu lalai dalam mengejar cintanya??terleka dengan nikmatnya tanpa memuji kehebatanya...dia terlalu hebat namun dia masih mencintai hambanya...setiap kali aku sujud padanya pasti dia berkata pada malaikatnya...tengoklah hamba ku sujud padaku....walaupun dia tahu yang sujudku kerana terpaksa tapi dia terlalu baik...sentiasa menerima amal walau sedikit..dan selalu memberi pahala walau hanya terniat dihati ingin membuat kebaikkan....
Siapakah dia dihati kita??
persoalan yang masih tercari cari jawapanya...
aku bukan baik..tapi cuba untuk menjadi baik....

Sunday, 6 October 2013

Cerita lama

Masihkah kau ingat tentang kita...
hujan panas siang malam kita bersama..
tiba tiba terasa rindu masa kita bersama, rindu saat saat indah dulu....
 masihkah kau ingat suatu petang bila balik sekolah langit menangis tapi kita tersenyum... masa tu kita takut untuk basah tapi bila seorang dah basah semua ikut...main hujan. rindunya masa main hujan dulu dah tak fikir akibatnya lepas main hujan...tulah salah satu memori yg terlekat kukuh dalam ingatan sbb saat tu takkan pernah terjadi lagi...
masihkah kau ingat semua kerja gila yang kita buat dulu?kesian orang orang yang terkena...tapi kita bergelak sakan...masih ingat apa kita buat dalam bilik prep yang digunakan untuk belajar?ha kat situ banyak benda yang berlaku...tapi tetap juga menjadi memori terindah...
dan memori dihari hari terakhir kita di alam persekolahan...masihkah kau ingat bila kita dirotan buat kesekian kalinya...sakit...tapi aku bangga punya kawan macam kamu..berani menanggung apa yang kau lakukan..saat saat tu aku harap aku tak pernah lupa..sebab tu la memori yang paling aku suka hidup penuh kacau bilau huru hara kita buat asrama...tapi kita tanggung setiap kesalahan yang kita lakukan...

Dan teman saat bersamamu adalah saat yang terindah...
cukuplah hanya kau yang istimewa buat aku sahabat..
aku xingin pengganti diri mu miski kita terpisah jauh..
cukuplah memori itu bersama kamu di tempat itu...
bukan disini atau di mana mana...


Sahabat yang terindah buatku....^_^

Sunday, 29 September 2013

Travel...JB

Just share the picture ::
        Ni masa jalan jalan kat JB...agak menyeronokkan sebab xde seorang pun antara kami yang tahu tentang tempat yang kami pergi...
       Terjah punya pasal sebab nk adventure katanya...nasib baik still ada bas untuk balik batu pahat di malam hari...hehe

just for fun!!


 Hello kitty town : with buddies~~nasyira dayah n mizan

 melihat indahnya ciptaan tuhan...

 Legoland malaysia with them...
Happy day..:P
Hotel lego baru nak siap...:D

Dari kejauhan tampak indah...

Here we go... berakhir sudah pengembaraan melawat tempat orang...
without anything we'r fearless


Thanks dear friends...sudi meneroka bersama...banyak kejadian yang tak kita sangka berlaku...
tapi semuanya dapat diatasi bersama...time will gone....but memories naver gone...

Saturday, 28 September 2013

Gedung buku

sesuatu yang berbeza buat diriku kali ini...bila hati mula sunyi aku lebih suka menyendiri dan hati akan kembali seperti biasa bila aku berada di kedai buku...walaupun kedai tu kecil dan tak banyak buku yang ada tapi aku tetap seronok berada bersama sama buku buku yang penuh dengan cerita mereka...
perasaan yang berbeza dari dulu yang lebih sukakan keseronokkan dari membaca...membaca menambahkan ilmu dan dapat meneroka dunia yang berbeza..kadang kita terlupa dunia disebalik kita...dunia yang penuh dengan cerita mereka dan dunia yang selalu kita lupa iaitu akhirat...cuba baca dan muhasabah diri dengan membaca...pasti sesuatu yang kita selalu tercari cari dalam hidup akan kita temui...

duniaku dunia berbeza...
dunia itu menjadi hidupku..
aku tenggelam dalam dunia itu..
tenggelam bersama buku bukunya...


**buku ni je y xdpt lagi...nk sgt baca...
blh xmntak hadiah hari jadi nt??hehe


Wednesday, 11 September 2013

Nicky vs. Neo # Handset



Nicky : weii keciknya ko neo, tengok aku ni besar dan kuat.

Neo : ko umur berapa...aku umur berapa....lagi pon ko makan banyak tu la sebab ko obesiti...hehe

Nicky : eleh....nak kata aku gemok la tu...sebenarnya ko jeles kan..hahaha

Neo : takde maknanya nak jeles dgn ko....nanti aku pon akan besar gak la...sikit lagi boleh fighter dgn ko...huhu

Nicky : ye lah budak kecik! hahaha



Nicky semakin membesar hari demi hari. dan yang lebih parah dia dah lebih besar dari handset tuan dia..haha kadang-kadang aku rasa nicky terlebih makan kot sebab satu hari 3 kali makan then bukan sikit sekali makan banyak giler...kura-kura obesiti ada ker???haha cute jer...

Nicky selalu gaduh dengan Neo....kesian Neo kena buli dengan nicky...mentang-mentang la dia besar...tapi nicky bila nak tidur neo yang dia cari...mesti nak tidur sama...Neo yang kecik molek tu comel je aku tengok...bila besar tak tahu la...

kadang-kadang hidup dengan haiwan lebih seronok dari hidup dengan manusia...manusia pandai bercakap, pandai melayan dan kalau silap tentu dimarah...:)

miss my litter pets :D

Sunday, 9 June 2013

Senyum tak perlu kata apa-apa..

Bila kepala dah ting tong, perasaan bercelaru, hati dah menangis, jantung dah sakit dan bila semuanya serba tak kena...

Bila mulut susah berbicara...

Kawan saya kata bila semua perasaan diatas berlaku... Hanya satu je saya perlu buat.....
Tersenyum dan terus tersenyum...
saya pun tak tahu macam mana saya nak senyum sedang perasaan sakit..
tapi hanya dengan SENYUM saja dapat menjadi ubat untuk penyakit tu semua...
memanglah dengan senyum tu tak dapat menyelesaikan masalah tapi dengan senyum dapat mengurangkan sedikit bebanan perasaan...
Dan satu lagi jangan pernah bersangka buruk kerana kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang sedang dia berniat baik atau buruk...Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga dia berniat baik dengan kita...

YaAllah...izinkan semuanya baik-baik saja...:)



Bila sedih....tersenyumlah walaupun palsu....:)


Saturday, 8 June 2013

Someday



Pada suatu petang...si anak telefon maknya tapi tak berangkat...

pada malamnya mak telefon anaknya semula..

anak: assalamualaikum mak...kenapa tak nagkat telefon tadi (dgn perasaan sedih)

mak : mak kat luar tadi, mungkin tak dengar..tengah buat ape tu?

anak : tengah baca buku mak..

mak : hurm baca elok elok..jangan lupa baca quran sekali...jangan tinggal solat..solat hajat sekali..mintak dengan tuhan biar semuanya berkat...

anak : yea mak..ingat....rindu nak balik mak...

mak : sabarlah..tak lama dh tu...beberapa minggu jje lagi..belajar tu betul betul...mak dah masukkan duit nanti pergi beli makanan tuk makan malam malam..jangan biar perut kosong nanti pelajaran susah nak masuk..

anak : yelah mak nanti beli..

mak : dah tu tak apa la..sambung baca tu..

anak : yelah (dengan perasaan sayu..)

selepas je letak telefon terus air mata jatuh kat pipi...sedih..baru je cerita kat mak lapar tengah tengah malam sebab nak jimat duit...nanti kesian kat kak nak masuk duit...hari ni mak dah call cakap dah masukkan duit...abah yang suruh...sedihnya rasa....rasa menyesal cerita pasal lapar tengah tengah malam tu...kalau boleh tak mahu menyusahkan mak lagi...masih mampu bertahan walaupun duit tinggal sikit sgt....

love u mum and dad forever n ever...



Buat yang bergelar sahabat

ini cuma perkongsian video yang aku rasakan sweet dan menarik hati ini..

semoga ikatan persahabatan kita semua akan kekal selamanya...

biar terpisah oleh jarak dan waktu tetapi ukhwah yang terjalin dari hati kekal kasih sayang yang bertaut erat..

Indahnya perkenalan sehingga kita lupa pada perpisahan...

Perpisahan itu juga indah..Allah mencipta perpisahan untuk kita selalu merindui..

Dan saling berpegang pada ikatan persahabatan.

Bersabar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..

Moga bertemu di batas waktu...

enjoy..^,^


Wang bukan sumber kekayaan

Satu pernyataan.....wang bukan sumber kekayan....

kenapa wang bukan sumber kekayaan?

kalau macam tu tak payah la bekerja keras mendapatkan wang..hehe

sebenarnya wang bukan sumber kekayaan sebab bila berlaku inflasi wang dah turun nilainya..
sebab tu kita lihat bila orang ada wang mereka simpan sedikit kemudian mereka akan menukarkannya dalam bentuk harta. Keadaan ini mudah sebenarnya, sebab apabila kita asyik simpan wang tanpa membelanjakannya ia akan memburukkan keadaan kerana terdapat banyak lebihan barangan dan wang terlalu banyak. Apabila keadaan ini berlaku, setiap barangan akan meningkat harganya disebabkan lebihan wang tadi.

So, lebih baik anda membelanjankan wang dan membeli apa saja ataupun simpanlah dalam bentuk harta seperti hartanah, emas, atau apa saja yang mempunyai nilai pada masa depan. Jika disimpan dalam bentuk hartanah ia tidak mudah jatuh harga tambahan jika berlaku inflasi ia amat menguntungkan.

Tapi pada pendapat seorang yang masih memerlukan wang untuk hidup seperti kami pelajar, kami merasakan wang adalah sumber kekayaan..Jika tiada wang satu ape pon xboleh nk buat.

sumber kekayaan terbesar adalah hartanah...tau sebab apa??

orang zaman dulu bukan banyak wang tapi banyak tanah sebab tu orang akan panggil mereka yang banyak tanah orang kaya. Bayangkan sebidang tanah boleh mencapai harga berjuta juta..xke kaya tu?
Dan tanah masih tinggi nilainya sekarang kerana tanah amat berharga bila penduduk semakin ramai.

Bila ia menjadi limited maka harganya semakin mahal..

Ini semua dalam ekonomi tanah>>jom belajar ekonomi tanah bersama..hehe


Thursday, 6 June 2013

Kasihnya Ibu kucing..

Kasih ibu tiada tandingi...
Kasihnya sampai syurga...

semasa makam petang semalam disebuah kedai di pekan Parit Raja bersama teman..Terlihat satu adengan yang amat mencuit hati. Seekor ibu kucing memeluk erat anaknya dalam dakapan bagaikan tidak mahu melepaskan. Seperti ada yang ingi mengambil anaknya..

mula mula dia agak marah bila kitaorang kacau selepas ditenangkan oleh kawanku dia tidur semula dengan memeluk anaknya lebih erat lagi. Kasihnya ibu memang tiada tandingi sehingga sebegitu sekali.

Tiba tiba aku menjadi rindu dengan pelukan ibu. Pelukan yang hangat menyenangkan jiwa..Agaknya begitulah yang dirasai oleh anak kucing itu..sweet sangat tengok mereka..

mother love make me better...^~

Tuesday, 4 June 2013

Why???

If you cant fly
WHY do you run..

If you cant run
WHY do you walk..

If you cant walk
WHY do you crawl...

If you cant crawl...

but you have do something to keep moving forward..



Keep moving as much as you can...
trust ALLAH is always with you...

'Just remember ME , I will do anything for you'...

Eat That FROG



salam....hai hai hai...

share from this book...
'''sekiranya kamu perlu makan seekor KATAK pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk pernah berlaku pada hari itu''
~Mark Twain~

Dan semestinya kamu akan kata ''gila nk makan katak'' ''jijik kot''...haha katak sebenarnya simbolik pada tugas yang paling penting yang harus segera disiapkan tanpa bertangguh..dan sebenarnya perumpamaan ini dapat membunuh kemalasan..let say you feel lazy to do your assignment. bermakna kamu tak makan katak itu..tapi katak tu tetap disitu dan akhirnya kamu terpaksa makan juga..sama seperti kerja yang tertangguh, dibiarkan lama2 kemudian kelam kabut nak siapkan..dan hasil yang diperolehi juga tidak sehebat kerja yang dibuat dengan segera...

okey jom kita tengok peraturan makan katak...

1) Peraturan pertama makan katak : kalau kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu..

maksudnya : jika kita mempunyai dua tugasan yang penting, mulakan tugas yang paling besar , paling susah , paling penting. cuba disiplinkan diri untuk memulakan tugas itu serta merta tanpa bertangguh. dan cuba siapkan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain..

2) peraturan yang kedua : jika kita perlu makan katak hidup-hidup. makanlah dengan segera. Tiada guna jika hanya duduk dan merenung katak itu lama2.

maksudnya : Selesaikan tugas yang penting setiap pagi. kerana itulah kunci prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas terpenting.


Dalam hidup kita sebagai manusia pasti sifat malas itu menjadi raja. Sifat itu sebenarnya berbalik pada hati..jika hati mengatakan TIDAK maka tidak lah...jika hati kuat menyuruh kita melakukan tugas itu dengan segera pastinya kita dapat lakukan.

Semua orang ada sifat MALAS tapi tak semua orang mampu menanganinya. kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita semaksima mungkin.. pepatah melayu '''usaha tangga kejayaan'''....rasanya dah tak sesuai dalam zaman moden ni...'''usaha untuk kekayaan''' hehe pepandai je tukar..

walau sesukar mana...sepayah mana...semalas mana kita tetap kena buat juga dan lebih baik siapkan awal2 supaya kita tak perlu untuk fikirkannya lagi..

~~positive thinking is the way to success~~

Ibu Ayah



salam buat ibu dan ayah..

Sedih, sayu hati ini saat mendengar video ini...
sedar akan kesilapan diri yang banyak menyakiti mama dan abah..
saat berjauhan baru terasa yang rindu dengan mereka...
mama abah...ampon kan anakmu ini..


jom lah kita sama2 berbakti kepada ibu dan ayah..
membuat mereka bangga dengan anak mereka...:)

satu kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang SATU
dua sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu
tiga lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah..

cinta yang abadi sampai syurga...:)

Monday, 3 June 2013

Kucing Kesayangan

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal oyen......

ni dia....>>>>>>>>>>>>>>>>

Nama diberi Oyen atas sebab bulunya bewarna oren..hehe oyen sangat manja dan gemok...tak suka bunyi suara dan suka tido lepas makan..

umur oyen lebih kurang Nicky,dalam setahun lebih.. Tapi oyen lebih cepat membesar..hehe mesti la kan oyen kan makan nasi....

Oyen juga pemalu..sangat pemalu sehingga bila tetamu datang dia akan hilang entah kemana..dan kalau kebetulan ada orang ternampak dia mesti orang tanya ''tak nak jual ke''. dan mestilah oyen akan lari lintang pukang. Oyen sangat2 takut dengan orang yang dia tak kenal lebih2 lagi budak2...sebab dia comel sangat..hehe

haha sudah2 la sambung kerja lain lagi..huhu
apa apa pun ni la Oyen kesayangan kami sekeluarga...

p/s : mama pon dah sayang oyen taw..hehe 

Sunday, 2 June 2013

Bila Nicky merajuk..


~nila rupa bila nicky merajuk~

Rindu this one...hehehe lama dah tak jumpa dia..ada la dekat sebulan. now nicky makin besar dan besar. And sekarang dia dah pandai merajuk bila lambat bagi dia makan...badan dah besar, berat, gemok..

Tapi ni la nicky yang aku sayang sangat-sangat... Dia la yang menceriakan hari-hari aku...yang selalu buat aku sibuk untuk menguruskan assignment2 dan menguruskan dia...Tapi tu dulu, sekarang aku dah tak mampu nak jaga dia macam dulu sebab kekangan pelajaran...nanti sian lak dia selalu kena tinggal dan aku selalunya lupo bagi dia makan..

Tapi sekarang dah tak risau dia lagi sebab my love sister jaga dia dengan sempurna..siap bagi makan sedap2 pulak tu..sometime i feel that my sister love nicky more then me...haha

At this time,at this moment i miss nicky and neo so much..


nicky : sebelum balik kampung (pic lama)




neo : masa mula2 beli and sekarang dan 5 bulan bersama nicky

Wednesday, 22 May 2013

Bercerita lagi..

semakin banyak aku meneroka semakin banyak benda yang aku tak tahu...
semakin banyak ku mencari semakin banyak tidak kutemui...
semakin banyak aku dapat semakin banyak ku kehilangan..
semakin dirindu semakin jauh rasanya..

aku insah biasa...punya rasa...mimpi indah selalu melayari tidur lena..tapi realitinya aku tenggelam dengan kesibukan dunia...lalai mencari dan terus mencari...kadang ku terasa terlalu dekat namun sebenarya terlalu jauh...dunia kita berbeza...sifat yang terlalu manja ini melemahkan aku...selalu mengiginkan seseorang berada disisi...
rindu yang terucap dihati cuma..tak mampu untuk aku memaksa meluahkannya...andai ini ujian supaya aku kuat bergantung pada diri sendiri aku cuba melakukanya..duhai hati teruslah teguh dengan pendirianmu...jangan mudah mengalah bila saat sulit itu datang...
hakikat hidup ini...
mama yang selalu ada disisi kini jauh dari mata...mama yang selalu menemani ketika tiba saat mendebarkan kini hanya suara menemani...disaat semangat aku hilang mama selalu percaya aku kuat menghadapinya...kalau dulu aku tidak punya kawan tapi aku tetap gembira,kerana mama menjadi kawan padaku..ma...i love you more than anything...hug you always and forever..

mum..you r my first love...

Tuesday, 21 May 2013

Lagi dan lagi...

Bosannya hidup tanpa dugaan..bila dugaan itu datang terasa tidak sanggup menghadapinya..itulah kehidupan. semakin jauh kita berjalan semakin banyak yang kita pelajari. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Ilmu mengajar kita menjadi lebih bijak. kehidupan seperti tin kosong jika tidak berilmu...kerana ilmu itu mendewasakan...kerana ilmu itu membuahkan kejayaan...kerana ilmu itu menjadikan kita hebat..namun jika ilmu hanya disimpan ia takkan menghasilkan apa-apa..
Lebih baik orang yang bodoh tapi mahu berfikir...dari orang yang cerdik tapi malas menggunakan akalnya..segala sesuatu itu adalah orang yang mempunyai akal dan dia menggunakan akalnya...setengah dari sesuatu itu adalah orang yang tidak memiliki akal tetapi dia mengunakan pendapat orang yang berakal..bukan daripada sesuatu itu adalah orang yang tidak boleh menggunakan akalnya dan tidak meminta bantuan orang yang berakal..
Apa yang paling berharga ialah waktu...kerana waktu tidak boleh dikembalikan...sesuatu yang berlaku akan tetap menjadi sejarah dan ia terus berlalu...
Kepercayaan adalah seperti janji yang harus dikotakan...bila ia dinodai hancurlah segalanya...setiap sesuatu kepercayaan itu adalah seiring dengan waktu..ia terlalu berharga untuk dihapuskan...sayang seribu kali sayang bila kepercayaan itu terus dilenyapkan...
Bukan untuk mengunkit tapi bila ia terus berlaku tertusuk dihati susah untuk diubati...masih bisakah kepercayaan itu diberikan lagi andai yang pertama tidak dipenuhi?masa akan terus berputar dan tidak mungkin akan diundur lagi...yang berlalu biarlah berlalu dan yang datang perlu dihadapi lagi...
Wasalam...

Sunday, 12 May 2013

Yang teristimewa...


May 12, 2013
Buat ibu tercinta..hari ini hari bahagiamu. Selamat hari ibu sedunia. Walaupun ustaz kata hari ibu tak patut disambut hanya sehari kerana ia berkaitan dengan agama kristian tapi aku merasakan tak salah rasanya untuk menyambut hari ini sebagai hari ibu selagi tak menyalahi hukum agama. Hari ibu disambut begitu istimewa hari ini bukan untuk merosakkan akidah tapi sekadar menjadikan ia hari yang istimewa. Namun bagiku hari ibu bukan saja pada hari ini tapi setiap hari adalah hari ibu, kerana ibu wajib dihormati setiap hari selagi hayat dikandung badan.
Ibu, mama, umi, bonda walau apa pun pangilan untuk dia..dia adalah insan istimewa itu yang memiliki Rahim yang kuat, hati yang lembut,bahu yang menyenangkan, dan raba yang melenakan tidurku. Engkau yang teristimewa dalam hidupku. Ibu….insan pertama yang mengenalkan aku dengan maha pencipta. Insan ini yang pertama menghulur tangan saat aku jatuh. Dia ….mempunyai pelukan yang nyaman lagi menyenangkan. Saat sekalian manusia memsisihkan aku..dia yang sentiasa ada di sisi. Dia yang sentiasa memberi semangat. Dia yang sentiasa yakin bahawa anaknya akan Berjaya walau aku sendiri tiada keyakinan itu. Dia meletakkan keyakinannya setinggi langit agar aku bisa melihat awan indah yang diciptanya.
Ibu…dia bermakna dalam hati setiap insan bergelar anak. Doanya amat ikhlas, dikala aku sedang tidur dia masih berjaga, dikala aku terjaga dia masih disisi bekerja. Dia insan istimewa itu. Cintanya seluas lautan terbentang, mungkin juga melebihi itu.




Salam cinta,sayang ,kasih , buat insan bernama ibu….

Thursday, 18 April 2013

Pertengahan cuti sem


4 April 2013
Setibanya di kampong halaman yang amat di rindui… pertemuan dengan ibu dan ayah yang tercinta.. sayu rasa hati saat menatap wajah yang disanyangi… cinta dan kasih ini hanya untuk insan ini yang sentiasa memberi semangat untuk meneruskan perjuanggan yang tak berpenghujung…lama menunggu saat itu…
Perkhabaran yang disampaikan membuat hati sekali lagi sedih… bertambah rasa benci pada insan yang bernama lelaki… lelaki selalu menyakiti hati wanita…tidak sedarkah mereka betapa wanita yang mereka sakiti itu yang melahirkan anak2 mereka…melayan mereka seikhlas hati walau penat membebani diri…masih lagi ingin mencari perempuan lain untuk dilayani… tidakkah terasa cukup dengan apa yang ALLAH berikan…namun siapalah aku untuk menhukum, cukuplah aku membantu apa yang terdaya… sayu hati saat melihat anak yang masih kecil tidak dibelai oleh seorang ayah…malah ayah lebih seronok bersama perempuan lain… sakitnya hati wanita ini terasa juga..
Saat mendengar kata2 anak yang berusia 4 tahun meruntun hati kecil ini… ‘tok kakak doa biar mama dan papa baik semula’ ‘kakak sayang mama papa’…kata-kata seorang anak kecil…sayu hati mendengar anak sekecil itu dapat berfikir seperti dia memahami apa yang berlaku sedang kanak2 sebayanya hanya tahu bermain…wajah comel itu yang membuat hati terpujuk membantu apa yang terdaya…mujurlah si adik yang baru berusia 7 bulan tidak mengerti apa2…kasihan melihat mereka…apalah nasib mereka bila si ayah buat perangai seperti budak remaja…
Rindu pada mereka walau hanya seminggu bersama…menjaga mereka bukanlah susah malah hati menjadi tenang melihat telatah comel, mengusik, bergurau dan pengalaman yang amat berharga…

Sunday, 24 March 2013

Don't giving up

Resah yang tersimpan lama terpendam.. biarlah ia menjadi duri di hati ini agar tiada yang disakiti olehnya...segala sesuatu yang telah ditakdirkan itu memang sudah tersurat sejak azali..perjalanan hidup yang telah tertulis sebelum manusia sampai ke bumi..jatuh dan bangun tetap juga harus berjalan walau kaki tak mampu untuk melangkah lagi namun hati harus terus kuat untuk hidup...

sememangnya kita takkan mampu untuk sentiasa menjaga hati orang yang kita kenal...orang yang kita sayang...walau sehebat mana pun kita, kita takkan mampu melakukannya andai hanya kita saja berusaha menjaga hati orang..

selalu berfikir untuk kebaikan orang sedang diri merana...pedih tersayat dengan perbuatan orang...sedang mereka tak pernah berfikir tentang apa kita rasa...namun tak salah kita terus mencuba menjadi lebih kuat...harungi halangan dengan semangat baru setiap hari..

sedar diri ini tak sehebat orang lain....namun diri ini punya semangat untuk terus berjuang...

the magic words...
'the minute you think of giving up, remember the reason you've been holding on for so long'

Saturday, 23 March 2013

Mencari Keindahan


Subhanallah…
Indah sungguh ciptaan Tuhan ini..langit yang cantik diserikan dengan bintang di malam hari..kelam malam bukan lagi sepi..terdengar sayup cengkerik berlagu rindu..uniknya ciptaan Tuhan itu..sehingga setiap saat terasa rindu berada di tempat itu..
Subhanallah…
Rindu itu menyapa lagi..bagaikan memanggil pulang ke kampong halaman..kedamaian dan keindahan yang sukar digambarkan disini..disini aku mencari kedamaian itu..menyelongkar disetiap ceruk…pada suatu ketika damai itu datang dengan mepamerkan keindahan matahari terbenam diufuk barat..
Subhanallah…
Ya..aku tak perlukan berjuta kawan untuk membuat aku tersenyum…cukuplah dengan melihat mentari senyuman terus menghiasi wajah..indahnya waktu itu bagaikan tidak mahu pulang..
Subhanallah…
Ciptaan Tuhan itu sentiasa cantik, indah dan berseni…penuh dengan pengajaran untuk di insafi…manusia juga indah, cantik dengan akhlak dan budi pekerti..tapi Allah ciptakan manusia itu tidak sempurna supaya mereka saling melengkapi..
Saat rindu itu menyapa lagi…hati ini terasa perih…keakraban kasih sahabat yang dulu amat sukar ditemui..saat hati merintih rindu hanya pada Dia aku titipkan…kerana aku tahu Dia akan sampaikan rinduku untukmu…


Sunday, 24 February 2013

Rindu ini

Hari demi hari yang aku lewati begitu cepat berlalu..meninggalkan diri yang terkapai-kapai sendiri. Kadang aku terfikir masihkah ada lagi orang yang mengingati diri ini. Sepi melayari kehidupan,tapi kehidupan perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan.
Berharap kehidupan ini tidaklah sekejam yang difikirkan. Selagi masih ada yang sayang...rindu pada kenangan lalu..rindu pada teman-teman lama..teman yang memaknakan persahabatan dengan ikhlas. Kalau diberi peluang untuk kembali pada masa lalu,pasti hanya satu aku pinta...aku ingin bersama mereka lagi..
Rindu bergurau senda,gelak tawa,....rindu juga menatap wajah yang selalu memberi semangat...terlalu sayang dengan kenangan lalu..


peace^^)

Tuesday, 19 February 2013

Surat buat teman..


Wahai sahabat...
Maaf ku pinta andai diri ini banyak menyakitimu..sekian lama kita bersama..terlalu banyak khilaf yang ku lakukan..membebanimu dengan masalahku..kau melihat setiap kesedihan dan kedukaanku..mendengar keluh kesahku tanpa jemu..saat ku hilang arah...kau menasihatiku penuh hemah..
Sahabat..
Masihkah kau ingat..?cerita kita..yang dulunya asing dari dunia yang berbeza..perkenalan kita tak lama..tanpa sedar kita menjadi sahabat..berkongsi segala suka duka bersama..hujan panas kita redah jua..perjuangan kita sama..tapi arah kita berbeza ..mengejar cita-cita..
Sahabat..
Kau membantu perjuangan ku...mana mungkin ku melupakanmu..setiap saat aku terigatkan mu..walau jarak memisahkan kita..hati ini tetap merinduimu wahai teman..saat aku lelah..kau menghulur tangan membantu..saat aku tak berdaya lagi...kau hadir memberi semangat..
Sahabat...
Ku tahu pasti saat ini kau membenciku..kau fikir aku melupakanmu..hanya satu ingin ku katakan..aku tinggalkan kau pada ALLAH kerana dia adalah sebaik-baik penjaga..tak pernah aku meninggalkanmu..kerana selagi Dia ada bersamamu..ingatlah aku juga bersamaNya..
Sahabat..
Ku sedar kini kita makin jauh..bukan hanya jarak menghalang tapi ego yang menjauhkan..sungguh..rindu bukan hanya dihati tapi perlu diluahkan..kesibukan kerja membataskan..tapi bukan itu alasannya..
Sahabat..
Wahai teman..kau lah sahabat..ikatan ini takkan ada tarikh luputnya..insyaallah.. walau namaku makin pudar disudut hati kecilmu..namun namamu akan setia dihatiku...selamanya..




Menjadi penyembuh luka..pengubat bahagia..