Tercatat rindu ini buat dia yang melahirkanku. Aku menyampaikan rindu buat dia melalui doa doaku dalam setiap solatku. Aku sering tertanya tanya apakah aku mempunyai kesempatan untuk membalas cinta ini. Terasa kematian itu makin menghampiri umat islam. hati ini bagaikan kosong dan apakah yang aku ingin isikan sebelum aku menghadap ilahi...Persoalan yang sering menggangu hati ini kadang aku merasa malas meneruskan pengajian ini kerana aku ingin mencari dimana hati ini terletak. Semakin lama kau mencari semakin aku terasa jauh..jauh untuk bersama dia. Aku ingin menjadi dekat sedekat Dia yang meminjamkan nafas ini untuk aku didunia ini. Disini kosong untuk aku. Apakah wawasan untuk aku capai.Kekadang persoalan yang aku persoalkan bagaikan menolak takdir Dia..Aku takut untuk menjadi penolak takdir...
Wahai tuhan aku rindu padamu..
Wahai angin sampaikan rindu buat ibu dan ayah..
Wahai jiwa tenanglah menhadapi ujian..
Wahai fikiran waraslah engkau membuat keputusan..
Sampaikan ilmu semampumu...
walau dengan satu ayat...
Al-fatihah buat ahli kubur...
No comments:
Post a Comment