TUN MAHATHIR MEMALUKAN ENGLAND Nama beliau ialah Margaret
Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan
rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr
Mahathir. Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali
dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr
Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah
Ku Li, Ghaffar Baba, dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Tun Dr Mahathir
telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas
undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah
untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik
Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British. Guthrie, Sime Darby
dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak
Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas
saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa
disedari sesiapa. Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa
kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa
pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar
negara kepunyaan Guthrie. Margeret Thatcher amat bengang dengan
kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan
Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau
hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi
pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum
ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada
di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah
tersebut. Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn
Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di
seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan
pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa
walaupun kerajaan Britain membantah. Akhbar-akhbar di seluruh
dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai
berita
utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh"
dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan
tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara
yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan
semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang
Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan. -HE
[Malaysian Heroes]
No comments:
Post a Comment