Saturday, 8 June 2013

Wang bukan sumber kekayaan

Satu pernyataan.....wang bukan sumber kekayan....

kenapa wang bukan sumber kekayaan?

kalau macam tu tak payah la bekerja keras mendapatkan wang..hehe

sebenarnya wang bukan sumber kekayaan sebab bila berlaku inflasi wang dah turun nilainya..
sebab tu kita lihat bila orang ada wang mereka simpan sedikit kemudian mereka akan menukarkannya dalam bentuk harta. Keadaan ini mudah sebenarnya, sebab apabila kita asyik simpan wang tanpa membelanjakannya ia akan memburukkan keadaan kerana terdapat banyak lebihan barangan dan wang terlalu banyak. Apabila keadaan ini berlaku, setiap barangan akan meningkat harganya disebabkan lebihan wang tadi.

So, lebih baik anda membelanjankan wang dan membeli apa saja ataupun simpanlah dalam bentuk harta seperti hartanah, emas, atau apa saja yang mempunyai nilai pada masa depan. Jika disimpan dalam bentuk hartanah ia tidak mudah jatuh harga tambahan jika berlaku inflasi ia amat menguntungkan.

Tapi pada pendapat seorang yang masih memerlukan wang untuk hidup seperti kami pelajar, kami merasakan wang adalah sumber kekayaan..Jika tiada wang satu ape pon xboleh nk buat.

sumber kekayaan terbesar adalah hartanah...tau sebab apa??

orang zaman dulu bukan banyak wang tapi banyak tanah sebab tu orang akan panggil mereka yang banyak tanah orang kaya. Bayangkan sebidang tanah boleh mencapai harga berjuta juta..xke kaya tu?
Dan tanah masih tinggi nilainya sekarang kerana tanah amat berharga bila penduduk semakin ramai.

Bila ia menjadi limited maka harganya semakin mahal..

Ini semua dalam ekonomi tanah>>jom belajar ekonomi tanah bersama..hehe


No comments:

Post a Comment