Tuesday, 4 June 2013

Eat That FROG



salam....hai hai hai...

share from this book...
'''sekiranya kamu perlu makan seekor KATAK pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk pernah berlaku pada hari itu''
~Mark Twain~

Dan semestinya kamu akan kata ''gila nk makan katak'' ''jijik kot''...haha katak sebenarnya simbolik pada tugas yang paling penting yang harus segera disiapkan tanpa bertangguh..dan sebenarnya perumpamaan ini dapat membunuh kemalasan..let say you feel lazy to do your assignment. bermakna kamu tak makan katak itu..tapi katak tu tetap disitu dan akhirnya kamu terpaksa makan juga..sama seperti kerja yang tertangguh, dibiarkan lama2 kemudian kelam kabut nak siapkan..dan hasil yang diperolehi juga tidak sehebat kerja yang dibuat dengan segera...

okey jom kita tengok peraturan makan katak...

1) Peraturan pertama makan katak : kalau kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu..

maksudnya : jika kita mempunyai dua tugasan yang penting, mulakan tugas yang paling besar , paling susah , paling penting. cuba disiplinkan diri untuk memulakan tugas itu serta merta tanpa bertangguh. dan cuba siapkan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain..

2) peraturan yang kedua : jika kita perlu makan katak hidup-hidup. makanlah dengan segera. Tiada guna jika hanya duduk dan merenung katak itu lama2.

maksudnya : Selesaikan tugas yang penting setiap pagi. kerana itulah kunci prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas terpenting.


Dalam hidup kita sebagai manusia pasti sifat malas itu menjadi raja. Sifat itu sebenarnya berbalik pada hati..jika hati mengatakan TIDAK maka tidak lah...jika hati kuat menyuruh kita melakukan tugas itu dengan segera pastinya kita dapat lakukan.

Semua orang ada sifat MALAS tapi tak semua orang mampu menanganinya. kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita semaksima mungkin.. pepatah melayu '''usaha tangga kejayaan'''....rasanya dah tak sesuai dalam zaman moden ni...'''usaha untuk kekayaan''' hehe pepandai je tukar..

walau sesukar mana...sepayah mana...semalas mana kita tetap kena buat juga dan lebih baik siapkan awal2 supaya kita tak perlu untuk fikirkannya lagi..

~~positive thinking is the way to success~~

1 comment:

  1. one of the recommended books so far. thanks for the review. nak pi cari la lps ni:p

    ReplyDelete