May
12, 2013
Buat ibu tercinta..hari ini hari bahagiamu.
Selamat hari ibu sedunia. Walaupun ustaz kata hari ibu tak patut disambut hanya
sehari kerana ia berkaitan dengan agama kristian tapi aku merasakan tak salah
rasanya untuk menyambut hari ini sebagai hari ibu selagi tak menyalahi hukum
agama. Hari ibu disambut begitu istimewa hari ini bukan untuk merosakkan akidah
tapi sekadar menjadikan ia hari yang istimewa. Namun bagiku hari ibu bukan saja
pada hari ini tapi setiap hari adalah hari ibu, kerana ibu wajib dihormati
setiap hari selagi hayat dikandung badan.
Ibu, mama, umi, bonda walau apa pun pangilan
untuk dia..dia adalah insan istimewa itu yang memiliki Rahim yang kuat, hati
yang lembut,bahu yang menyenangkan, dan raba yang melenakan tidurku. Engkau
yang teristimewa dalam hidupku. Ibu….insan pertama yang mengenalkan aku dengan
maha pencipta. Insan ini yang pertama menghulur tangan saat aku jatuh. Dia
….mempunyai pelukan yang nyaman lagi menyenangkan. Saat sekalian manusia
memsisihkan aku..dia yang sentiasa ada di sisi. Dia yang sentiasa memberi
semangat. Dia yang sentiasa yakin bahawa anaknya akan Berjaya walau aku sendiri
tiada keyakinan itu. Dia meletakkan keyakinannya setinggi langit agar aku bisa melihat
awan indah yang diciptanya.
Ibu…dia bermakna dalam hati setiap insan
bergelar anak. Doanya amat ikhlas, dikala aku sedang tidur dia masih berjaga,
dikala aku terjaga dia masih disisi bekerja. Dia insan istimewa itu. Cintanya
seluas lautan terbentang, mungkin juga melebihi itu.
Salam cinta,sayang ,kasih , buat insan
bernama ibu….
No comments:
Post a Comment