Subhanallah…
Indah sungguh ciptaan Tuhan ini..langit yang
cantik diserikan dengan bintang di malam hari..kelam malam bukan lagi
sepi..terdengar sayup cengkerik berlagu rindu..uniknya ciptaan Tuhan
itu..sehingga setiap saat terasa rindu berada di tempat itu..
Subhanallah…
Rindu itu menyapa lagi..bagaikan memanggil
pulang ke kampong halaman..kedamaian dan keindahan yang sukar digambarkan
disini..disini aku mencari kedamaian itu..menyelongkar disetiap ceruk…pada
suatu ketika damai itu datang dengan mepamerkan keindahan matahari terbenam
diufuk barat..
Subhanallah…
Ya..aku tak perlukan berjuta kawan untuk
membuat aku tersenyum…cukuplah dengan melihat mentari senyuman terus menghiasi
wajah..indahnya waktu itu bagaikan tidak mahu pulang..
Subhanallah…
Ciptaan Tuhan itu sentiasa cantik, indah dan
berseni…penuh dengan pengajaran untuk di insafi…manusia juga indah, cantik
dengan akhlak dan budi pekerti..tapi Allah ciptakan manusia itu tidak sempurna
supaya mereka saling melengkapi..
Saat rindu itu menyapa lagi…hati ini terasa
perih…keakraban kasih sahabat yang dulu amat sukar ditemui..saat hati merintih
rindu hanya pada Dia aku titipkan…kerana aku tahu Dia akan sampaikan rinduku
untukmu…
No comments:
Post a Comment