Sunday, 9 June 2013

Senyum tak perlu kata apa-apa..

Bila kepala dah ting tong, perasaan bercelaru, hati dah menangis, jantung dah sakit dan bila semuanya serba tak kena...

Bila mulut susah berbicara...

Kawan saya kata bila semua perasaan diatas berlaku... Hanya satu je saya perlu buat.....
Tersenyum dan terus tersenyum...
saya pun tak tahu macam mana saya nak senyum sedang perasaan sakit..
tapi hanya dengan SENYUM saja dapat menjadi ubat untuk penyakit tu semua...
memanglah dengan senyum tu tak dapat menyelesaikan masalah tapi dengan senyum dapat mengurangkan sedikit bebanan perasaan...
Dan satu lagi jangan pernah bersangka buruk kerana kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang sedang dia berniat baik atau buruk...Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga dia berniat baik dengan kita...

YaAllah...izinkan semuanya baik-baik saja...:)



Bila sedih....tersenyumlah walaupun palsu....:)


Saturday, 8 June 2013

Someday



Pada suatu petang...si anak telefon maknya tapi tak berangkat...

pada malamnya mak telefon anaknya semula..

anak: assalamualaikum mak...kenapa tak nagkat telefon tadi (dgn perasaan sedih)

mak : mak kat luar tadi, mungkin tak dengar..tengah buat ape tu?

anak : tengah baca buku mak..

mak : hurm baca elok elok..jangan lupa baca quran sekali...jangan tinggal solat..solat hajat sekali..mintak dengan tuhan biar semuanya berkat...

anak : yea mak..ingat....rindu nak balik mak...

mak : sabarlah..tak lama dh tu...beberapa minggu jje lagi..belajar tu betul betul...mak dah masukkan duit nanti pergi beli makanan tuk makan malam malam..jangan biar perut kosong nanti pelajaran susah nak masuk..

anak : yelah mak nanti beli..

mak : dah tu tak apa la..sambung baca tu..

anak : yelah (dengan perasaan sayu..)

selepas je letak telefon terus air mata jatuh kat pipi...sedih..baru je cerita kat mak lapar tengah tengah malam sebab nak jimat duit...nanti kesian kat kak nak masuk duit...hari ni mak dah call cakap dah masukkan duit...abah yang suruh...sedihnya rasa....rasa menyesal cerita pasal lapar tengah tengah malam tu...kalau boleh tak mahu menyusahkan mak lagi...masih mampu bertahan walaupun duit tinggal sikit sgt....

love u mum and dad forever n ever...



Buat yang bergelar sahabat

ini cuma perkongsian video yang aku rasakan sweet dan menarik hati ini..

semoga ikatan persahabatan kita semua akan kekal selamanya...

biar terpisah oleh jarak dan waktu tetapi ukhwah yang terjalin dari hati kekal kasih sayang yang bertaut erat..

Indahnya perkenalan sehingga kita lupa pada perpisahan...

Perpisahan itu juga indah..Allah mencipta perpisahan untuk kita selalu merindui..

Dan saling berpegang pada ikatan persahabatan.

Bersabar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..

Moga bertemu di batas waktu...

enjoy..^,^


Wang bukan sumber kekayaan

Satu pernyataan.....wang bukan sumber kekayan....

kenapa wang bukan sumber kekayaan?

kalau macam tu tak payah la bekerja keras mendapatkan wang..hehe

sebenarnya wang bukan sumber kekayaan sebab bila berlaku inflasi wang dah turun nilainya..
sebab tu kita lihat bila orang ada wang mereka simpan sedikit kemudian mereka akan menukarkannya dalam bentuk harta. Keadaan ini mudah sebenarnya, sebab apabila kita asyik simpan wang tanpa membelanjakannya ia akan memburukkan keadaan kerana terdapat banyak lebihan barangan dan wang terlalu banyak. Apabila keadaan ini berlaku, setiap barangan akan meningkat harganya disebabkan lebihan wang tadi.

So, lebih baik anda membelanjankan wang dan membeli apa saja ataupun simpanlah dalam bentuk harta seperti hartanah, emas, atau apa saja yang mempunyai nilai pada masa depan. Jika disimpan dalam bentuk hartanah ia tidak mudah jatuh harga tambahan jika berlaku inflasi ia amat menguntungkan.

Tapi pada pendapat seorang yang masih memerlukan wang untuk hidup seperti kami pelajar, kami merasakan wang adalah sumber kekayaan..Jika tiada wang satu ape pon xboleh nk buat.

sumber kekayaan terbesar adalah hartanah...tau sebab apa??

orang zaman dulu bukan banyak wang tapi banyak tanah sebab tu orang akan panggil mereka yang banyak tanah orang kaya. Bayangkan sebidang tanah boleh mencapai harga berjuta juta..xke kaya tu?
Dan tanah masih tinggi nilainya sekarang kerana tanah amat berharga bila penduduk semakin ramai.

Bila ia menjadi limited maka harganya semakin mahal..

Ini semua dalam ekonomi tanah>>jom belajar ekonomi tanah bersama..hehe


Thursday, 6 June 2013

Kasihnya Ibu kucing..

Kasih ibu tiada tandingi...
Kasihnya sampai syurga...

semasa makam petang semalam disebuah kedai di pekan Parit Raja bersama teman..Terlihat satu adengan yang amat mencuit hati. Seekor ibu kucing memeluk erat anaknya dalam dakapan bagaikan tidak mahu melepaskan. Seperti ada yang ingi mengambil anaknya..

mula mula dia agak marah bila kitaorang kacau selepas ditenangkan oleh kawanku dia tidur semula dengan memeluk anaknya lebih erat lagi. Kasihnya ibu memang tiada tandingi sehingga sebegitu sekali.

Tiba tiba aku menjadi rindu dengan pelukan ibu. Pelukan yang hangat menyenangkan jiwa..Agaknya begitulah yang dirasai oleh anak kucing itu..sweet sangat tengok mereka..

mother love make me better...^~

Tuesday, 4 June 2013

Why???

If you cant fly
WHY do you run..

If you cant run
WHY do you walk..

If you cant walk
WHY do you crawl...

If you cant crawl...

but you have do something to keep moving forward..



Keep moving as much as you can...
trust ALLAH is always with you...

'Just remember ME , I will do anything for you'...

Eat That FROG



salam....hai hai hai...

share from this book...
'''sekiranya kamu perlu makan seekor KATAK pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk pernah berlaku pada hari itu''
~Mark Twain~

Dan semestinya kamu akan kata ''gila nk makan katak'' ''jijik kot''...haha katak sebenarnya simbolik pada tugas yang paling penting yang harus segera disiapkan tanpa bertangguh..dan sebenarnya perumpamaan ini dapat membunuh kemalasan..let say you feel lazy to do your assignment. bermakna kamu tak makan katak itu..tapi katak tu tetap disitu dan akhirnya kamu terpaksa makan juga..sama seperti kerja yang tertangguh, dibiarkan lama2 kemudian kelam kabut nak siapkan..dan hasil yang diperolehi juga tidak sehebat kerja yang dibuat dengan segera...

okey jom kita tengok peraturan makan katak...

1) Peraturan pertama makan katak : kalau kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu..

maksudnya : jika kita mempunyai dua tugasan yang penting, mulakan tugas yang paling besar , paling susah , paling penting. cuba disiplinkan diri untuk memulakan tugas itu serta merta tanpa bertangguh. dan cuba siapkan terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain..

2) peraturan yang kedua : jika kita perlu makan katak hidup-hidup. makanlah dengan segera. Tiada guna jika hanya duduk dan merenung katak itu lama2.

maksudnya : Selesaikan tugas yang penting setiap pagi. kerana itulah kunci prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan 'makan katak' sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk 'makan katak' dan jangan bertangguh melakukan tugas terpenting.


Dalam hidup kita sebagai manusia pasti sifat malas itu menjadi raja. Sifat itu sebenarnya berbalik pada hati..jika hati mengatakan TIDAK maka tidak lah...jika hati kuat menyuruh kita melakukan tugas itu dengan segera pastinya kita dapat lakukan.

Semua orang ada sifat MALAS tapi tak semua orang mampu menanganinya. kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri kita semaksima mungkin.. pepatah melayu '''usaha tangga kejayaan'''....rasanya dah tak sesuai dalam zaman moden ni...'''usaha untuk kekayaan''' hehe pepandai je tukar..

walau sesukar mana...sepayah mana...semalas mana kita tetap kena buat juga dan lebih baik siapkan awal2 supaya kita tak perlu untuk fikirkannya lagi..

~~positive thinking is the way to success~~

Ibu Ayah



salam buat ibu dan ayah..

Sedih, sayu hati ini saat mendengar video ini...
sedar akan kesilapan diri yang banyak menyakiti mama dan abah..
saat berjauhan baru terasa yang rindu dengan mereka...
mama abah...ampon kan anakmu ini..


jom lah kita sama2 berbakti kepada ibu dan ayah..
membuat mereka bangga dengan anak mereka...:)

satu kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang SATU
dua sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu
tiga lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah..

cinta yang abadi sampai syurga...:)

Monday, 3 June 2013

Kucing Kesayangan

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal oyen......

ni dia....>>>>>>>>>>>>>>>>

Nama diberi Oyen atas sebab bulunya bewarna oren..hehe oyen sangat manja dan gemok...tak suka bunyi suara dan suka tido lepas makan..

umur oyen lebih kurang Nicky,dalam setahun lebih.. Tapi oyen lebih cepat membesar..hehe mesti la kan oyen kan makan nasi....

Oyen juga pemalu..sangat pemalu sehingga bila tetamu datang dia akan hilang entah kemana..dan kalau kebetulan ada orang ternampak dia mesti orang tanya ''tak nak jual ke''. dan mestilah oyen akan lari lintang pukang. Oyen sangat2 takut dengan orang yang dia tak kenal lebih2 lagi budak2...sebab dia comel sangat..hehe

haha sudah2 la sambung kerja lain lagi..huhu
apa apa pun ni la Oyen kesayangan kami sekeluarga...

p/s : mama pon dah sayang oyen taw..hehe 

Sunday, 2 June 2013

Bila Nicky merajuk..


~nila rupa bila nicky merajuk~

Rindu this one...hehehe lama dah tak jumpa dia..ada la dekat sebulan. now nicky makin besar dan besar. And sekarang dia dah pandai merajuk bila lambat bagi dia makan...badan dah besar, berat, gemok..

Tapi ni la nicky yang aku sayang sangat-sangat... Dia la yang menceriakan hari-hari aku...yang selalu buat aku sibuk untuk menguruskan assignment2 dan menguruskan dia...Tapi tu dulu, sekarang aku dah tak mampu nak jaga dia macam dulu sebab kekangan pelajaran...nanti sian lak dia selalu kena tinggal dan aku selalunya lupo bagi dia makan..

Tapi sekarang dah tak risau dia lagi sebab my love sister jaga dia dengan sempurna..siap bagi makan sedap2 pulak tu..sometime i feel that my sister love nicky more then me...haha

At this time,at this moment i miss nicky and neo so much..


nicky : sebelum balik kampung (pic lama)




neo : masa mula2 beli and sekarang dan 5 bulan bersama nicky