Berbicara tentang kehidupan..
Diri ini rebah lagi saat hati mula bangkit dengan secebis harapan yang rapuh. Andai ini takdir buat diri yang hina ini aku pasrah menerima segalanya kerana sudah tersurat begitu. Wahai hati bangkitlah saat segalanya hilang, bangkitlah memperjuangkan apa yang dimulakan. Jangan berpaut pada dahan yang rapuh kerana masih banyak lagi dahan yang kuat.
Setiap saat dan ketikanya aku selalu mencari secebis harapan untuk berjuang tapi saat itu juga harapan itu musnah kerana diri tidak sehebat orang lain. Aku selalu tersungkur rebah kebumi, menangisi nasib diri yang tidak punya apa apa. Mengapa aku harus berada disini ditempat yang asing dan akan selalu berada dibelakang.
Setiap semester aku tak dapat mencapai target ku sendiri. Sudah penat aku berada disini dalam kalangan orang orang yang bijak pandai. Aku tak pandai..dari kecil aku memang lembab dalam menerima maklumat baru..sukar untuk mencerna dalam fikiran kerana itu aku selalu dibelakang. Orang sudah sampai ke garisan penamat aku masih berlari cuba menghabiskan larian. Kadang kadang aku merasa penat untuk berusaha lagi kerana tiada apa yang dapat aku ubah. Tiada siapa yang akan bertanya mengapa begini dan bagaimana tapi ramai yang menunding jari menyalahkan ''mengapa tidak berusaha kuat'' ''mengapa harus merungut'' dan macam macam lagi pastinya.
Di sekelilingku ramai orang yang bijak pandai dirumah mahupun sekolah. Dan aku sentiasa dibanding bandingkan dengan mereka. sehingga aku berdendam dengan diri sendiri. Menangis sendiri dan berusaha sendiri sampai penat, bosan. Dan kerana dendam itulah aku berada disini ditempat yang aku rasakan lebih hebat ujiannya. Tidak aku sangka keputusanku untuk memasuki IPTA membuatkan aku menajdi semakin tertekan.
Terinagat aku pada satu ayat ''lidah itu lebih tajam dari mata pedang''....
Kerana satu ayat merobek hati ini, menghilangkan secebis semangat dan menghancurkan sebuah harapan. Aku tidak tahu kata katanya adalah untuk sebuah semangat atau menghina. Andai tidak mampu menjadi seorang pendidik janganlah sampai ada yang terluka dengan sebuah kata. Perit aku menerimanya kerana aku sedar diri ini tidak selayaknya menjadi anak muridmu.
Biar rebah biar tercalar aku takkan pernah berhenti mengukir cita-cita..
Biar tak sampai kebintang sekalipun,
Biar hanya dibumi aku redho jika ini takdirku...
No comments:
Post a Comment