Sunday, 23 February 2014

Bermimpi lagi...

berkelana mencari sebuah mimpi yang menjadi igauan setiap malam. Mimpi....hanya mainan tidur yang tak mungkin menjadi kenyataan tapi biarlah aku bermimpi disini saja. Di sini aku boleh bermimpi apa saja bakal menjadi kenyataan atau tidak biarlah hanya aku yang tahu. Permulaan yang agak mendebarkan. Penulisan thesis untuk sebuah ijazah. Sungguh aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan kerana fahamanku terhadap thesis hanya sedikit sedangkan penyelia mengharapkan sesuatu yang diluar jangkaannya.
Memiliki sebuah ijazah rupanya begitu sukar sehingga hidup ini terumbang ambing dilambung ombak badai dan pernah kecundang. Namun aku tahu saat aku mengambil keputusan untuk berada disini aku harus mengahirinya dengan segulung ijazah ditangan. Mimpikah itu? ya sebuah mimpi yang akan aku jadikan ia kenyataan. Semoga Allah mempermudah perjalanan ini. Semakin dekat untuk dihabisrkan semakin sukar dugaan yang datang.
Permulaan yang kosong sehingga jatuh tersungkur namun aku bangkit tanpa perasaan. Berkali kali aku jatuh namun ada saja yang menghulurkan tangan untuk membantu aku bangkit. Sungguh mulia tangan yang mencapai saat seorang sahabat hampir tenggelam. Allah hadirkan orang yang salah sebelum dia hadiahkan seorang yang dapat membantu saat susah senang kerana Dia mahu kita menghargai sebuah ukhwah.
Perjalanan yang penuh ranjau sehingga mematangkan seorang insan. Kematangan fikiran dan kekuatan mental membuatkan aku bangkit penuh semangat untuk mengakhiri apa yang telah aku mulakan. Ya, mungkin orang kata ''alah tinggal setahun je pun'' tapi tiada siapa yang tahu betapa terseksanya untuk menghabiskan setahun untuk belajar.
Mengharapkan segalanya dapat ditempuhi dengan kekuatan mental dan fizikal, jangan sakit2 lagi, jangan lemah lagi kerana semuanya bakal berakhir...
satu ayat yang sentiasa disebut untuk menyedapkan hati sendiri, membina semangat, dan melapaskan tekanan.

Segalanya akan baik2 saja andai mimpi ini telah tertulis diATAS sana...

No comments:

Post a Comment