Sunday, 23 February 2014

Bermimpi lagi...

berkelana mencari sebuah mimpi yang menjadi igauan setiap malam. Mimpi....hanya mainan tidur yang tak mungkin menjadi kenyataan tapi biarlah aku bermimpi disini saja. Di sini aku boleh bermimpi apa saja bakal menjadi kenyataan atau tidak biarlah hanya aku yang tahu. Permulaan yang agak mendebarkan. Penulisan thesis untuk sebuah ijazah. Sungguh aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan kerana fahamanku terhadap thesis hanya sedikit sedangkan penyelia mengharapkan sesuatu yang diluar jangkaannya.
Memiliki sebuah ijazah rupanya begitu sukar sehingga hidup ini terumbang ambing dilambung ombak badai dan pernah kecundang. Namun aku tahu saat aku mengambil keputusan untuk berada disini aku harus mengahirinya dengan segulung ijazah ditangan. Mimpikah itu? ya sebuah mimpi yang akan aku jadikan ia kenyataan. Semoga Allah mempermudah perjalanan ini. Semakin dekat untuk dihabisrkan semakin sukar dugaan yang datang.
Permulaan yang kosong sehingga jatuh tersungkur namun aku bangkit tanpa perasaan. Berkali kali aku jatuh namun ada saja yang menghulurkan tangan untuk membantu aku bangkit. Sungguh mulia tangan yang mencapai saat seorang sahabat hampir tenggelam. Allah hadirkan orang yang salah sebelum dia hadiahkan seorang yang dapat membantu saat susah senang kerana Dia mahu kita menghargai sebuah ukhwah.
Perjalanan yang penuh ranjau sehingga mematangkan seorang insan. Kematangan fikiran dan kekuatan mental membuatkan aku bangkit penuh semangat untuk mengakhiri apa yang telah aku mulakan. Ya, mungkin orang kata ''alah tinggal setahun je pun'' tapi tiada siapa yang tahu betapa terseksanya untuk menghabiskan setahun untuk belajar.
Mengharapkan segalanya dapat ditempuhi dengan kekuatan mental dan fizikal, jangan sakit2 lagi, jangan lemah lagi kerana semuanya bakal berakhir...
satu ayat yang sentiasa disebut untuk menyedapkan hati sendiri, membina semangat, dan melapaskan tekanan.

Segalanya akan baik2 saja andai mimpi ini telah tertulis diATAS sana...

Tuesday, 18 February 2014

Rebah lagi

Berbicara tentang kehidupan..
Diri ini rebah lagi saat hati mula bangkit dengan secebis harapan yang rapuh. Andai ini takdir buat diri yang hina ini aku pasrah menerima segalanya kerana sudah tersurat begitu. Wahai hati bangkitlah saat segalanya hilang, bangkitlah memperjuangkan apa yang dimulakan. Jangan berpaut pada dahan yang rapuh kerana masih banyak lagi dahan yang kuat.
Setiap saat dan ketikanya aku selalu mencari secebis harapan untuk berjuang tapi saat itu juga harapan itu musnah kerana diri tidak sehebat orang lain. Aku selalu tersungkur rebah kebumi, menangisi nasib diri yang tidak punya apa apa. Mengapa aku harus berada disini ditempat yang asing dan akan selalu berada dibelakang.
Setiap semester aku tak dapat mencapai target ku sendiri. Sudah penat aku berada disini dalam kalangan orang orang yang bijak pandai. Aku tak pandai..dari kecil aku memang lembab dalam menerima maklumat baru..sukar untuk mencerna dalam fikiran kerana itu aku selalu dibelakang. Orang sudah sampai ke garisan penamat aku masih berlari cuba menghabiskan larian. Kadang kadang aku merasa penat untuk berusaha lagi kerana tiada apa yang dapat aku ubah. Tiada siapa yang akan bertanya mengapa begini dan bagaimana tapi ramai yang menunding jari menyalahkan ''mengapa tidak berusaha kuat'' ''mengapa harus merungut'' dan macam macam lagi pastinya.
Di sekelilingku ramai orang yang bijak pandai dirumah mahupun sekolah. Dan aku sentiasa dibanding bandingkan dengan mereka. sehingga aku berdendam dengan diri sendiri. Menangis sendiri dan berusaha sendiri sampai penat, bosan. Dan kerana dendam itulah aku berada disini ditempat yang aku rasakan lebih hebat ujiannya. Tidak aku sangka keputusanku untuk memasuki IPTA membuatkan aku menajdi semakin tertekan.
Terinagat aku pada satu ayat ''lidah itu lebih tajam dari mata pedang''....
Kerana satu ayat merobek hati ini, menghilangkan secebis semangat dan menghancurkan sebuah harapan. Aku tidak tahu kata katanya adalah untuk sebuah semangat atau menghina. Andai tidak mampu menjadi seorang pendidik janganlah sampai ada yang terluka dengan sebuah kata. Perit aku menerimanya kerana aku sedar diri ini tidak selayaknya menjadi anak muridmu.


Biar rebah biar tercalar aku takkan pernah berhenti mengukir cita-cita..
Biar tak sampai kebintang sekalipun,
Biar hanya dibumi aku redho jika ini takdirku...



Sunday, 16 February 2014

Sebulan cuti

Perjalanan sebuah kehidupan ada turun naiknya. Adakala kita gembira adakala kita bersedih kerana itulah dipanggil kehidupan. Sesuatu yang kita rangcang tak semestinya harus berlaku kerana kita hanya merancang dan hanya Allah yang lebih mengetahui. Aku mohon maaf atas kekhilafan dan kesilapan yang aku lakukan tanpa sedar mahupun sedar. Beribu maaf andai ada yang tersakiti dengan janji dan perancangan yang tidak sempurna.
Walaupun hati sedikit kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan semua sahabat yang disayangi namun hati ini selalu berdoa agar kalian sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah. Maaf sekali lagi buat sayangku nurul husna kerana tak dapat lepak rumah u sbb ada masaalah yang tak dapat elak. So sorry and seperti yang sy selalu sebut, andai ada jodoh kita bertemu lagi walau dihujung dunia sekalipun.
 Penghujung cuti masaku dihabiskan dengan menjaga baby amie yang tembam dan ambil danish dan amniya ditadika. Sweet time with them.. I love kids. Walaupun penat jaga mereka tapi penat tu hilang bila melihat senyuman dan gelak tawa mereka. Entah bila lagi ada masa bersama mereka semula..

Adik mie 
apik
Adik cha
abe long 
Kak ya
abe an...

Salam rindu peluk dan cium untuk korang...


Danish adha dan Amniya Danisya

Adik mie (Aliff Fahmi)

Nur Damia Aneesa

Irham Taufik

Aliff Firhan

Saturday, 15 February 2014

sama macam saya..anak ke5

SAPE ANAK NO 1 , 3 DAN 5??
*sensitive and easy to cry.. 
*keras kepala. 
*care other people talk about her or him.. 
*clumsy and careless. 
*muke bajet garang tp sebenarnya.. cute. 
*sweet plus caring.
*cpt touching even nampak tough.

*always awesome.
*suke bergelak dengan kawan walaupun aty tngah sedih.
*mrah dlm diam.. sentap dlm diam.. kadang2 happy.. kadang2 moody.. 

*nmpak pemalu, tp bila da knal ..mlut mengalahkan murai..
*manja & caring..
*merupakan tulang belakang adk beradik..
*happy dpan org, tp blakang org⇦ hnye mampu menangis.. 

*waktu muda agak menyusahkan, tp paling berbakti bila da besar.. 
*degil nk mampus..
*muke gangster tp cpt jatuh hati..
*sweet mcm madu.. pemarah mcm singa...manja mcm kucing.. tidak suke dibanding bandingkan..