Assalamualaikum....
Aku tahu berdosa andai seseorang yang menolak takdir Allah buat dirinya..
Dan aku juga tahu ujian itu salah satu rencah kehidupan. Walau sesedih mana pun aku cuba untuk terus bertahan dengan apa saja yang ada untuk aku kuat. Namun aku manusia biasa yang lemah, terlalu banyak kekurangan diri ini...sekuat mana aku cuba bertahan sekuat itulah perasaan -ve datang mengasak diri untuk menjadi lemah. Kerana terlalu leka Allah menghantar ujian Dia buat aku untuk aku sedar yang kehidupan ini bukan untuk main-main. Kerana aku terlalu senang Dia uji aku dengan kesusahan. Aku rasakan ujiannya amat berat untukku namun Dia menguji untuk mengajar aku erti sabar, ikhlas dengan pemberiannya.
Walau sehebat mana ujian yang diberikan aku tahu Dia amat menyayangi hambanya. Aku berharap aku mampu mengubah nasib ku ini dengan sesuatu yang lebih baik. Pada mulanya aku sering bertanya mengapa Allah berikan aku ini sedang aku tidak menyukainya. Tapi aku sedar Dia lebih mengetahui lebih dari aku mengenali diri ku sendiri. Allah...Dia maha besar..aku yang kerdil..Pada permulaan kehidupan di uni aku merasakan peritnya kehidupan namun tidak seperit sekarang. Aku sangkakan sukarnya hanya disitu rupanya hari-hari seterusnya lebih berat lagi untuk aku tanggung. ku ceritakan ini bukan untuk mengeluh dengan ujiannya tapi aku cerita untuk melepaskan segala beban fikiran ini buat sementara kerana aku tank mampu bercerita kepada sahabat2 ku...kerana aku tahu mereka juga punya masalah sendiri..lagi pula mereka tak akan faham apa yang aku rasakan ini. Perasaan ini sukar untuk diluahkan.
Sukar untuk mendapatkan apa yang kita suka dan lebih sukar untuk menjalani kehidupan dengan apa yang ditentukan oleh Nya... Perlahan-lahan aku menerima kehidupan yang diberikan untuk ku ini dan apabila aku mula leka, senang menjalaninya Dia seakan menguji aku lagi dengan sesuatu yang aku tak terduga...baru ku tahu sukarnya menjadi insah yang pendiam sehingga tak bisa berbicara didepan orang ramai. Sakitnya bila dihina didepan insah-insan lain. Sebenarnya aku mampu lakukannya namun sifat takut, malu dan segan membuatkan aku tak mampu berdiri dikhalayak untuk membentangkan apa yang aku kaji. Subhanallah...Dia menyedarkan aku sebelum aku melakukan projek sarjana muda aku. Rupanya Dia menghantar malaikat kecil untuk menegur aku tentang kesilapan diri ini..Terima Kasih pada yang menegur walaupun aku terasa sedikit down...tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya aku sedar kesilapan ini. Aku berharap perkara seperti ini tak akan berlaku lagi dan aku mahu berubah..In Sya Allah dengan izin dan petunjuknya...