Friday, 4 January 2013

Perjuangan KITA, Perjuangan MEREKA..

Perjuangan hidup masih penjang. Kita berjuang untuk berjaya dalam pelajaran, Mereka berjuang untuk hidup. Perjuangan kita tak tertanding dengan perjuangan meraka. Perjuangan yang kecil ini dah tak tertanggung rasanya. Kita hanya berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Mereka berjuang menegakkan agama Allah, mempertahankan negara islam. Mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti.
Adakah kita sehebat mereka??
Kita takkan mampu menjadi sehebat mereka dalam jihad. Jiwa kita lemah, naluri kita KOSONG. Hidup yang kita lalui terlalu senang tak pernah merasa kesusahan keperitan kegusaran dan tidur malam kita tak pernah diganggu oleh bunyi bising tembakan dan tak takut rumah dibom.Kita terlalu naif dalam menilai itu semua.
Hidup kita selalu meminta-minta. Mendapatkan apa yang dihajati dengan mudah tanpa berperang. Kita mudah lupa pada ilmu yang kita peroleh kerana ilmu itu terlalu senang untuk kita dapat. Sedang mereka berperang untuk mendapat secangkir ilmu. Bergadai nyawa untuk kesekolah. Pernah kah kita terfikir bagaimana rasanya?
Pernahkah kita terfikir mengapa mereka tidak suka meminta-minta?
Mereka tidak suka meminta pada manusia bukan kerana sombong tetapi manusia mudah membenci pada orang yang suka meminta-minta. kerana itu mereka lebih suka meminta pada Allah kerana Allah amat suka hambanya meminta padanya dan bukan pada mahluk.
Pengakhiran sebuah kisah, Kita xpernah berfikir tentang kesusahan orang lain. Tetapi kita selalu berfikir kepentingan diri kita. Kita xpernah fikir siksanya orang disekeliling kita menjalani kehidupan tapi kita selalu fikir betapa sakitnya hati kita. Mengapa kita selalu berfikir tentang diri kita dan xpernah berfikir tentang orang lain?sebab kita xpernah ajar diri untuk hidup sederhana. Bukan semua orang berasal dari keluarga kaya. Walaupun kita berasal dari keluargan senang tapi diajar hidup sederhana dan berdikari dia tidak akan meminta-minta malah akan selalu memberi. Selalu menyedari kekurangan diri dan memahami kesusahan orang lain.
Jangan hanya berfikir untuk diri sendiri tapi cubalah berfikir tentang orang lain. cuba letakkan diri kita di tempat meraka dan kita akan merasakan apa yang meraka rasa...











Hidupkan untuk berkonsi..:)

No comments:

Post a Comment