Friday, 4 January 2013

Perjuangan KITA, Perjuangan MEREKA..

Perjuangan hidup masih penjang. Kita berjuang untuk berjaya dalam pelajaran, Mereka berjuang untuk hidup. Perjuangan kita tak tertanding dengan perjuangan meraka. Perjuangan yang kecil ini dah tak tertanggung rasanya. Kita hanya berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Mereka berjuang menegakkan agama Allah, mempertahankan negara islam. Mempertaruhkan nyawa sebagai galang ganti.
Adakah kita sehebat mereka??
Kita takkan mampu menjadi sehebat mereka dalam jihad. Jiwa kita lemah, naluri kita KOSONG. Hidup yang kita lalui terlalu senang tak pernah merasa kesusahan keperitan kegusaran dan tidur malam kita tak pernah diganggu oleh bunyi bising tembakan dan tak takut rumah dibom.Kita terlalu naif dalam menilai itu semua.
Hidup kita selalu meminta-minta. Mendapatkan apa yang dihajati dengan mudah tanpa berperang. Kita mudah lupa pada ilmu yang kita peroleh kerana ilmu itu terlalu senang untuk kita dapat. Sedang mereka berperang untuk mendapat secangkir ilmu. Bergadai nyawa untuk kesekolah. Pernah kah kita terfikir bagaimana rasanya?
Pernahkah kita terfikir mengapa mereka tidak suka meminta-minta?
Mereka tidak suka meminta pada manusia bukan kerana sombong tetapi manusia mudah membenci pada orang yang suka meminta-minta. kerana itu mereka lebih suka meminta pada Allah kerana Allah amat suka hambanya meminta padanya dan bukan pada mahluk.
Pengakhiran sebuah kisah, Kita xpernah berfikir tentang kesusahan orang lain. Tetapi kita selalu berfikir kepentingan diri kita. Kita xpernah fikir siksanya orang disekeliling kita menjalani kehidupan tapi kita selalu fikir betapa sakitnya hati kita. Mengapa kita selalu berfikir tentang diri kita dan xpernah berfikir tentang orang lain?sebab kita xpernah ajar diri untuk hidup sederhana. Bukan semua orang berasal dari keluarga kaya. Walaupun kita berasal dari keluargan senang tapi diajar hidup sederhana dan berdikari dia tidak akan meminta-minta malah akan selalu memberi. Selalu menyedari kekurangan diri dan memahami kesusahan orang lain.
Jangan hanya berfikir untuk diri sendiri tapi cubalah berfikir tentang orang lain. cuba letakkan diri kita di tempat meraka dan kita akan merasakan apa yang meraka rasa...











Hidupkan untuk berkonsi..:)

Wednesday, 2 January 2013

Dugaan Exam...

haiyaaaa hari ni hari pertama exam dan dugaan datang menduga kekuatan hati. Walau pun dugaan tu xseberaba tapi berbekas jugak la kat hati.. Today exam Finance, subjek kira-kira. Aku paling benci benda yang kena kira tapi nasib la kan kena dan terpaksa lalui. Hurmm nama je aku ambik pengurusan harta tanah tapi belajar account, finance cam nak jadi accountancy. Belajar undang-undang cam nak jadi lawyer.

Pagi tadi keluar bilik nak pergi kat parking motor. Jalan selamber jer lagi pun masih awal so xpayah nk rushing sangat. sampai je kat parking motor tengok plate motor belakang dah xde. Gelabah kot,xkan la nak naik motor xde no plate. Baru ingat nk naik bas pergi uni untuk exam tapi kawan cakap naik jer motor tu xpe nt balik buat baru. Tapi cuba bayangkan dah la berdebar nk exam lepas tu boleh lak kejadiaan yang xdisangka datang menimpa...

Mood hari ni agak kucar kacir. Semua perasaan aku ada sedih?mesti la motor mummy belikan, Marah?pun ada sebab orang y buat tu xtinggal nota or what, at least tulis nota say sorry, geram? oh yess geram sangat. Pagi-pagi lagi dah spoil mood aku. Habis hilang mood nk cakap dengan kawan-kawan kelas. aku buat ignore jer dengan semua orang. Habis jer exam terus pegi baiki motor then balik bilik baru call mum say what happen today. Mum cakap bukan rezeki kita barangkali...

Aku cuba memujuk hati terima segalanya.. In syaa Allah