Lahirnya aku ketika nabi muhammad dan sahabat telah tiada..ketika rindu ini bertapak di hati,hanya pada mu aku titipkan. Saat aku perlukan bimbingan hanya padamu aku berserah. Andai aku di takdirkan untuk hidup di akhir zaman ini,kau jaga lah aku di setiap langkah aku ya rabbi.. kerana hanya kau yang mampu aku bergantung harap. Tiap apa yang terjadi padaku hanya kau yang maha mengetaui apa yang telah tertulis untukku. Ya allah,hanya kau yang maha atas segalanya aku hanya hambamu yang menumpang kasih mu dibawah payung keimanan. Tiap langkahku kau hadirkan lah keberkatan mu untuk aku terus melangkah dengan tenang dan kau tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai,sesungguhnya aku tak mampu hidup tanpamu di sisi.
Langkah diatur penuh gagah,namun adakah aku setabah itu untuk terus melangkah andai badai melanda hati ini. Hati initidak setabah tubuh ini yang diluar tampak begitu tenang..namun di dalam hatiku hanya tuhan yang tahu.. ketika hati merintih merindui insan mulia..ketika inilah aku bagai ingin rebah, aku tak mampu untuk berdiri saat ini.. insan yang amat aku cintai tinggalkan aku di sini dengan harapan dan doanya... tapi aku tak mampu tanpa dia disisi kerana dia inspirasiku. Kerana dia aku berada di sini,kerana dia aku hidup,kerana dia aku mampu tersenyum. Ibu ...itulah insan yang paling aku sayang,kerana insan ini lah aku lahir di dunia ini..kerana dia ibu ku..
Ibu,kenapa anak mu ini terlalu cengeng dalam melayari hidupnya. Tanpa ibu aku bagai tin kosong yang tak punya apa-apa. Hidup terasa asing tanpamu,kerana aku tak pernah jauh darimu ibu.. tapi kali ini aku terpaksa hidup jauh darimu...tapi tiap kali aku mempersoalkan kenapa aku harus berada di sini..setiap kali itu lah jawapanmu hanya ‘kerana ibu tak mampu memberi segunung harta untuk kau hidup seribu tahun lagi...hanya ilmu yang mampu ibu beri untuk kau melayari hidup tanpa ibu nanti’....tapi aku bertanya ‘mengapa ibu berbicara sebegitu??’...’kerana ibu tak bisa menongkat langit untuk menjaga kau seumur hidupmu..tapi ingat satu perkara yang ibu pesan...ibu sayang anak-anak ibu walau ibu telah tiada.’aku tak mampu menahan kata-kata itu...ibu terus menyambung bicaranya..’bila ibu dan abah tiada ,jangan lupa untuk titipkan yasin dan doamu anakku..kerana hanya itu yang boleh kau lakukan jika kamu menyayangi ibu dan abah..’terus aku berbicara..’ibu...anakmu ini berjanji akan penuhi segala permintaan mu..dan aku akan selalu berdoa ibu dan abah di panjangkan umur untuk melihat aku berjaya..ibu pernah berkatakan allah maha mendengar setiap bicara dari hambanya yang ikhlas..dan aku akan berdoa untukmu ibu seikhlas hatiku kerana kau insan yang teratas dalam hatiku’....saat ini berlinangan air mata ibu...’ibu jangan menagis..kerana aku tak mampu melihat kau dalam kesedihan..air matamu hanya untuk kejayaanku ibu bukan untuk bicara ini..ibu ampunkan aku kerana membuat kau menangis..
No comments:
Post a Comment