Tuesday, 3 January 2012

CinTA itu TaK bUta...

APA ITU CINTA???

Adakah cinta itu bila berdua-duaan??
Adakah cinta bila kita berkapel??
Adakah cinta namanya bila melakukan perkara mungkar??
BUKAN!!!

Inilah cinta yang sebenarnya...
Disaat insan lain lena diulit mimpi indah...insan ini tetap setia bermunajat dan terus bersujud pada cinta agungnya...cinta yang tak pernah pudar malah terus mekar hingga ke akhir zaman. Kalau lah setiap manusia tahu betapa cinta ilahi itu lebih indah dari segalanya...nescaya mereka akan bersujud memohon cinta yang teragung itu..
Cinta abadi ialah cinta yang terus mekar biarpun ditinggalkan beribu tahun dan pemilik cinta itu tak pernah menangis menagih cinta dari hambanya. Bezanya cinta ilahi dan cinta manusia yang pada lahirnya indah tapi pada batilnya kosong ibarat tin yang tiada isi. Aku gemar mendengar ayat ini....

            Cintakan bunga,bunga akan layu...
            Cintakan manusia,manusia akan mati akhirnya...
            Cintakan Allah adalah cinta yang abadi kekal selamanya..

            Kerana cinta ini tak pernah layu walau panas terik dan tidak akan mati walau di tinggalkan...
Keindahan cinta boleh dirasai bila cinta itu diletakan di tempat yang terbaik kerana cinta kan manusia ibarat mencintai bunga yang harumnya hanya seketika dan segarnya hanya sementara..tapi kalau benar-benar cinta tak salah kalau meletakkan cinta yang pertama itu kepada ilahi sebelum kepada kekasih..kerana cinta itu lebih manis bila restu dari yang maha agung pemilik cinta sejati merestui ikatan yang terjalin..

NOTA HATI SEORANG PENCARI CINTA...

yang dicari 
walau bukan putera raja
biarlah putera agama

yang dimimpi 
biarlah tak punya rupa
asal sedap di pandang mata

yang dinilai
bukan sempurna sifat jasmani
asal perjuangannya ada matlamat

yang datang
tak perlu rijal yang gemilang
kerana aku serikandi dgn silam yang kelam

yang dinanti
bukan lamaran dgn permata
cukuplah akad dan janji setia

dan yang akan terjadi
andai tak sama kehendak hati
aku redha ketetapan ilahi
kerana itulah ketentuan sejak azali

wahai hati tempat jatuhnya pandangan ilahi
teruslah meraih cinta ilahi
teruslah bermujahadah menggapai redhaNya kerana
disitulah kemenangan
yang terlahir buat dirimu....

firman allah...
"dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain ALLAH,mereka mencintai sebagaimana mencintai ALLAH. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada ALLAH. Dan ALLAH tidak akan menunjuki orang-orang yang fasik..."

Sunday, 1 January 2012

CeRIta HatI

Lahirnya aku ketika nabi muhammad dan sahabat telah tiada..ketika rindu ini bertapak di hati,hanya pada mu aku titipkan. Saat aku perlukan bimbingan hanya padamu aku berserah. Andai aku di takdirkan untuk hidup di akhir zaman ini,kau jaga lah aku di setiap langkah aku ya rabbi.. kerana hanya kau yang mampu aku bergantung harap. Tiap apa yang terjadi padaku hanya kau yang maha mengetaui apa yang telah tertulis untukku. Ya allah,hanya kau yang maha atas segalanya aku hanya hambamu yang menumpang kasih mu dibawah payung keimanan. Tiap langkahku kau hadirkan lah keberkatan mu untuk aku terus melangkah dengan tenang dan kau tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai,sesungguhnya aku tak mampu hidup tanpamu di sisi.
Langkah diatur penuh gagah,namun adakah aku setabah itu untuk terus melangkah andai badai melanda hati ini. Hati initidak setabah tubuh ini yang diluar tampak begitu tenang..namun di dalam hatiku hanya tuhan yang tahu.. ketika hati merintih merindui insan mulia..ketika inilah aku bagai ingin rebah, aku tak mampu untuk berdiri saat ini.. insan yang amat aku cintai tinggalkan aku di sini dengan harapan dan doanya... tapi aku tak mampu tanpa dia disisi kerana dia inspirasiku. Kerana dia aku berada di sini,kerana dia aku hidup,kerana dia aku mampu tersenyum. Ibu ...itulah insan yang paling aku sayang,kerana insan ini lah aku lahir di dunia ini..kerana dia ibu ku..
Ibu,kenapa anak mu ini terlalu cengeng dalam melayari hidupnya. Tanpa ibu aku bagai tin kosong yang tak punya apa-apa. Hidup terasa asing tanpamu,kerana aku tak pernah jauh darimu ibu.. tapi kali ini aku terpaksa hidup jauh darimu...tapi tiap kali aku mempersoalkan kenapa aku harus berada di sini..setiap kali itu lah jawapanmu hanya ‘kerana ibu tak mampu memberi segunung harta untuk kau hidup seribu tahun lagi...hanya ilmu yang mampu ibu beri untuk kau melayari hidup tanpa ibu nanti’....tapi aku bertanya ‘mengapa ibu berbicara sebegitu??’...’kerana ibu tak bisa menongkat langit untuk menjaga kau seumur hidupmu..tapi ingat satu perkara yang ibu pesan...ibu sayang anak-anak ibu walau ibu telah tiada.’aku tak mampu menahan kata-kata itu...ibu terus menyambung bicaranya..’bila ibu dan abah tiada ,jangan lupa untuk titipkan yasin dan doamu anakku..kerana hanya itu yang boleh kau lakukan jika kamu menyayangi ibu dan abah..’terus aku berbicara..’ibu...anakmu ini berjanji akan penuhi segala permintaan mu..dan aku akan selalu berdoa ibu dan abah di panjangkan umur untuk melihat aku berjaya..ibu pernah berkatakan allah maha mendengar setiap bicara dari hambanya yang ikhlas..dan aku akan berdoa untukmu ibu seikhlas hatiku kerana kau insan yang teratas dalam hatiku’....saat ini berlinangan air mata ibu...’ibu jangan menagis..kerana aku tak mampu melihat kau dalam kesedihan..air matamu hanya untuk kejayaanku ibu bukan untuk bicara ini..ibu ampunkan aku kerana membuat kau menangis..