Wednesday, 26 December 2012

Sama seperti kamu!

Aku bukan tomboy la..tak fham bahasa ke??kenapala manusia ni suka menilai orang melalui luaran. Aku xfaham la kenapa masih ada lagi orang y berfikiran kolot macam dia ni. Pakaian bukan melambangkan segalanya. Bagi aku aku suka pakai pakaian y selesa mengikut keadaan. itu pun orang boleh salah anggap. Aku sama macam gadis lain punya perasaan , mencintai dan dicintai. Tapi bukan masanya lagi untuk aku bercinta. Jangan ingat aku xpunya kekasih aku dianggap tomboy!

Aku masih waras lagi la untuk melanggar hukum tuhan. Aku tahu kalau bercinta sesama jenis nabi pun xmengaku umat. Aku pon geli la weiii nk buat benda macam tu.grrrrrrr Tapi bila dah selalu orang dk kutuk aku macam tu aku pun dah malas nk kata apa. Lagi aku nafikan lagi orang xpercaya. Baik diam dari bercakap.

Hanya kerana aku suka pakai seluar n t-shit kau kata aku macam lelaki. yela aku tahu aku selekeh xmacam kau y berbedak 3 4 inci. kulit lak cantik, pandai bergaya tapi ada ke aku kisah kau nk pakai apa pun?yang penting aku mintak tolong sangat jangan la tuduh aku tomboy. jangan menilai aku hanya dari pakaian aku,selami hati aku kenali aku , kau akan tahu aku juga seperti kau.

Mungkin kau mendengar aku berbual manja dengan kawan ku.tapi itu bukan bermakna aku lesbian yang suka kaum sejenis. Memang aku manja bila bercakap dengan dia kerana dia sahabat yang paling memahami aku. Dia selalu mendengar keluh kesah ku , suka dukaku,rasa hati ku. Semua rahsiaku ada padanya. Jika dia tiada mungkin aku xkan sampai di sini, Di tempat yang aku berdiri sekarang. Aku terlalu banyak terhutang budi denganya.

Jangan anggap aku tomboy sebab aku punya kekasih dan dia setia menunggu saat tibanya kami bersatu. hanya dengan restu Allah!



Friday, 14 December 2012

Cik Niki the cute...

salam hai cik B...jumpa lagi..
Aku nk tunjuk my lover...
nama dia niki..dia comel sangat..
niki tido
niki tido terbalik..
tapi agak sedih la aku tak boleh nk jaga dia beberapa bulan ni...
Tapi nampaknya dia bahagia bersama kakakku..
Hope dia sihat and cepat membesar,dh tak sabar nk tengok dia ni..
minggu depan dapat la tengok dia..
buat pengubat rindu masa nk exam nanti..
huhuhu...


Tunggang terbalik dah..
dah macam apa dah..

rumah untuk niki bersantai..

niki panjat pokok dalam akuarium..


niki buat maraton atas lappy saya...ggrrrr
syok sangat tido...

sweet niki tido...penat sangat la ni main...huhu


Wednesday, 12 December 2012

Special for mummy mama umi ibu....

Mummy,mama,umi,ibu,mak or what ever yang korang panggil kat insan mulia ini..
Dia yang paling kita cintai dalam hidup kita..dialah orang pertama yang peluk kita saat kita lahir
dialah orang yang sentiasa ada saat kita sedih dan gembira..
bila kita berjaya dialah yang paling happy sekali...
she is my spirit.kalau boleh buat perumpamaan yang paling dasyat sekali la..
kalau dia takda mungkin aku tak leh hidup kot..
dalam dia marah tapi sebenarnya dia risau..
dalam setiap kata-katanya ada nasihat,semangat,dan perasaan bangga dengan anaknya..
aku pernah hilang harapan /semangat untuk belajar lagi..masa tu aku rasa aku dah kecewakan my mum...
tapi dia tetap tersenyum dan tetap memberi semangat pada aku...
betapa pandainya dia menyimpan rahsia hatinya...
bila aku tak dapat keputusan yang baik dalam exam,dia tak marah pun,tapi dia bagi semangat untuk aku berjuang hingga ke akhir...sungguh aku bangga ada ibu sepertinya..
dan aku tahu semua ibu di dunia ni amat mulia dan amat2 menyanyangi anaknya...
biar seperti apa pn anaknya...
Buat pertama kalinya aku pergi jauh dari mum rasa rindu macam nk mati...
walaupun hanya berpisah tak sampai dua bulan..haha
mesti orang fikir, anak mak betul la dia ni..hehe
apa pn yang orang fikir aku tak kisah pun...coz' i luv my mum so much..
tambah2 bila dh dekat study week ni lagi la emosi terganggu...
semuanya nk mum yang buat...call mum coz nk dengar suara je..sebab takda apa dh nk cakap..huhu
best kan kalau dapat uni yang dekat dengan kampong..orang lain nk balik naik bas 4 or 5 jam je..
aku naik bus 12jam baru sampai rumah...lama giler wooo...rasa tak sanggup lak nk balik kalau setakat cuti 3 hari tu, sebab jangka masa dalam bus lagi lama dari tinggal kat rumah..
and mum said its better u stay there..
alaaaaa takpe...dah tak lama pun, pejam celik pejam celik dah habis exam...
and that time is wonderful life...
tapi kan lepas sebulan dapat 'berehat' 5 bulan selepas tu terseksa lagi..dan seterusnya berulang perkara yang sama...bosan sangat2...rasa cam tak sabar sangat nk habiskan all the semester..
lepas tu nk kerja and bebas sepenuhnya...hehee


kerinduan yang teramat..
Assalamualaikum...
by miss Q

Tuesday, 11 December 2012

Miss Q

salam, hello, hai,
                  Penantian satu penyiksaan kan??Betulkan jika saya silap. First at all ni blog saya kan..huhuhu that nothing to changes. Kenapa saya kata penantian satu penyiksaan sebab saya tak sabar nk habiskan setiap semester kat sini. Sungguh menyiksakan bila kena hadapi berbagai halangan dan cabaran. tapi bila di bicarakan semua orang kata 'tu kan tugas awak sebagai pelajar'... Yess betul tu tugas saya tapi saya juga manusia yang cepat bosan. Kadang-kadang kita hadapi banyak perkara yang tak terduga dalam hidup ni dan perkara tu sebenarnya membuatkan kita matang dalam banyak perkara.
              Rindu mummy sangat-sangat  bila waktu macam ni semua benda yang dulu tak pernah hargai teringat balik jadi sedih. mum nk tu, mum nk ni, always mum...sekarang mum...i want go home...waaaa only one month i have to patient then i'll go home. A part of my life is mum. she number one fo me. next two week is study week, then i ask mum can i back?mum say it only one month not too long. you should be there to study for final...ohhh my...can i??
                 Hari study week dah nak dekat sangat ni, tapi ada dua lagi assignment yang kena submit next week and one presentation. Adoiyai letih and malas betul la. but hari jumaat ni saya ada satu lagi test yang tak settle. Huh! mintak-mintak la test tu senang..hehe
                     hai kenapa la dengan saya ni..asyik-asyik mintak benda yang senang sedangkan semua benda kat dunia ni takda pun benda yang senang.. lumrah la kan kalau kita nak benda semuanya senang..
Hurm 11.12.12 AGM   Realtors malam dimana 'abang-abang' tahun 3 lepaskan jawatan pada tahun 2 lak. Alhamdunillah semuanya berjalan lancar. Now let start the game. jom semua berganding bahu mencipta pengalaman baru. dan perlu diingatkan jangan jadi pemimpin yang makan sorang erk. Ingat hukum karma. Kita semua dah rasa macam mana disisihkan dan di hina. dan kita semua gak dah rasa susah payah kita berjuang disini...
                hurmmmmm cukup la sampai sini saya mengarut dengan awak cik B, ada masa saya mencongteng lagi..hehe hope ada la masa tu sebab bila kesibukan melanda semuanya boleh lupa wooo..hanya cik F je la yang dapat buka selalu sebab semua sumber dari situ...apa-apa pun luv u muaahhhh bubye yeah.

Assalamualaikum....

Monday, 3 December 2012

Dari Hati

aku bukan siapa-siapa bagi kamu..
aku tak pernah penting dalam hidup kamu..
aku hanya serpihan kecil yang terlekat dihati kamu...
aku tak pernah hadir dalam hati kamu..
setiap insan yang aku sayang pasti akan jauh dari hidup aku
aku terima segalanya dengan hati tenang..
biarpun aku tak pernah bernilai dalam hidup kamu...
tapi kamu amat bernilai dalam setiap hari-hariku..
kamu yang terindah dalam hidupku...
kamu yang mencipta bahagia itu..
kamu yang mencipta duka itu..
aku hidup dalam setiap bait katamu
menjadikan aku manusia yang keras..
aku tak pernah pinta kau hadir dalam hudupku..
dan aku tak pernah pinta untuk hadir dalam hidupmu..
kala kita bersua pasti rindu terlerai..
kala kita terpisah pasti rindu itu bertandang..
adilkah untuk aku...
mencari sebuah makna kehidupan tanpa kamu disisi..
tika hari makin kelam...
tika mentari hilang menggantikan bulan..
tika langit hilang bintangnya..
begitulah hidupku..
tika mencari dalam setiap langkah...
aku tersungkur dijalanan..
aku berlari mengejar bahagia itu...
dan aku lelah sendiri...
penat mengejar bayang-bayang yang tak pernah hadir depan mata..
Berikan aku sedikit bahagia......

Saturday, 1 December 2012

1 Disember...

salam pembuka bicara...

terutama sekali saya ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada kawan-kawan
kerana sudi wish my birthday.
hari ni genaplah umurku 21 tahun.
dan yang paling aku xsangka dapat kejutan daripada member.
terkena telor sebijik...adoi...haha teringat zaman dulu tu.
aku xsangka diaorang igt birthday aku.
tapi semalam aku lemah sangat,xlarat nk bangun,
ni la padahnya bila keluar dari pagi sampai malam.
pagi aku temankan kawan beli barang then nk balik lak hujan.
sebab takut terlewat tuk ke kelas aku redah gk walaupunn hujan.
mungkin sebab tu la kot aku rasa macam lemah je..
tapi nasib baik la xdemam pagi ni. pagi ni lak ada lagi kejutannya...
lepas solat subuh tengok-tengok ada hadiah kat atas meja..
wau....terlalu banyak kejutan diaoranng ni..
hadiah yang cukup cantik...
warna yang menarik dan sangat cantik...
thanks a lot to Norhidayah n Nur fateha..
you r best ever friends...

dan yang paling bermakna dalam hidup aku ialah wish dari best friends...
Chik Chicky...
thanks chik sebab xlupa my birthday...
hope persahabatan ni kekal hingga akhir hayat..
love u forever...

aku bersyukur sangat dapat jugak jumpa kawan yang baik macam ni..
ni la yang aku doakan selama aku berada di sini..
aku amat takut kehilangan kawan yang baik...
aku ingin mencari kawan yang boleh tumpang susah n senang sama-sama...
sebab kami tinggal jauh dari keluarga...
kalau susah, kawan yang dicari..

dan kepada kawan-kawan yang sudi berkawan denganku..
aku ucapkan teramat terima kasih..
u all my friends...

one more thing yang xlengkap...
selalunya bila birthday aku sambut kat rumah..
then mum buatkan nasi lemak...
itu jer permintaan aku tiap-tiap tahun..
sebab aku suka bula my mum buatkan..
that is very special to me...

to all...thank you so much....<3<3<3

Friday, 9 November 2012

24 Oktober...

Ni khas untuk awak...
selamat hari lahir awak...
maaf sebab lambat bagi ni untuk awak..
bila saya rindu awak..
saya selalu tengok gambar kita dengan kawan kawan..
kenangan tu sangat indahkan..
dan kenangan tu takkan dapat berulang lagi...
sekarang semua dah ada kehidupan yang baru..
kawan baru,tempat baru,boyfriend baru..hehe
tapi awak jangan lupa saya yea...
kawan lama, tempat lama...
rindu nk tengok awak marah..
dan yang paling rindu nk buat dengan awak...
nak buat kerja-kerja gila...
dan...bila awak usik saya...


hope u like it...

Friday, 12 October 2012

Jangan Ambil Profession kami

Pengurusan harta tanah. Apa yang orang tahu tentang real-estate (pengurusan harta tanah) ni.
real-estate ni bukan je pasal urus tanah tapi banyak perkara yang seseorang penilai ni kena tahu.
bukan setakat tahu pasal tanah tapi tentang kewangang, undang-undang harta, dan banyak perkara lagi.
its not easy! kenapa senang-senang nk ambik profession kami sebagai penilai harta dan buka kepada semua course lain.
kami tahu kami tak sehebat engineer or artc yang hebat membina bangunan yang gah sehingga menjadi kebanggaan negara. tapi ramai orang tak tahu tentang kewujudan sesebuah bangunan itu bermula dari seorang pengurus harta tanah. sebab apa saya kata begitu??kerana untuk membina sesebuah bangunan tu kita perlu mengkaji keadaan tanah tersebut agar bangunan yang bakal di bina tu kukuh dan tak runtuh. dan kerja seoramg valuer pula mengkaji keadaan tanah tersebut sama ada dapat menampung setinggi mana bangunan tersebut dapat didirikan.
kenapa mesti diberikan tugas ini kepada orang yang tak tahu apa-apa tentang harta tanah? pelajar pengurusan harta tanah dah cukup ramai untuk memenuhi pasaran pekerjaan. tapi kenapa course kami harus terbuka. ada kawan kata bila dengar macam ni semangat untuk terus belajar dah mula luntur. kami belajar untuk segulung ijazah dan keluar untuk bekerja sebagai estate ejen yang berdaftar dan berbakti pada masyarakat.
Memang tak dapat dinafikan ramai yang menjadi broker tanah secara haram kerana tak berdaftar di bawah Bovea. Fungsi Bovea adalah untuk menyimpan dan menyelenggarakan daftar penilai,pentaksir dan ejen harta tanah, penilai percubaan dan ejen harta tanah percubaan dan firma penilai,pentaksir dan ejen harta tanah. Meluluskan dan menolak permohonan untuk pendaftaran. Mengadakan prosiding tatatertip, menjalankan pemeriksaan, menetapkan yuran atau kadaran harta dan mengawal selia kelakuan profesional / etika penilai, pentaksir dan ejen harta tanah.
Kalau profession kami diambil oleh orang yang tak bertauliah dan tak tahu apa-apa dalam pengurusan harta, maka hancur la pengurusan harta di malayasia ni. Dalam melakukan setiap perkara, kita perlu ada ilmu, tak banyak sikit pun perlu ada. Sebab ilmu itu yang akan mencorak apa yang bakal kita lakukan. Tapi ilmu yang ada juga jangan disalah gunakan kepada perkara yang mendatangkan mudarat kepada orang lain.
Tolong jangan ambil hak kami.


***Berserah pada yang berkuasa....



Friday, 28 September 2012

Kasih kamu


Buatmu sahabat…
Aku menulis hanya untuk kamu..
Perkenalan kita adalah satu anugerah yang terindah dalam hidupku..
Bertemu hanya sebentar…
Berpisah untuk selama-lamanya..
Kamu sahabat yang terindah dalam hidupku..
Setiap kenangan antara kita aku simpan dalam memori hati ini agar tidak luput ditelan zaman..
Biarpun kita tak sama..
Tapi kita punya satu ikatan..
Ikatan yang kekal sepanjang zaman..
Biar kita ramai tapi kita hanya satu…
Persahabatan adalah satu ikatan suci untuk di khianati..
Aku ikhlas menerima kamu seadanya..
Baik kamu aku jadikan teladan…
Buruk kamu aku betulkan..
Saling melengkapi itu tak salah…
Malah lebih indah!!
Kenangan kita akan tetap abadi selamanya..
Biar ditelan masa,dihembus bayu…
Ia tetap segar dalam ingatan…

*buat kamu sahabat…aku sayang kamu dalam apa jua keadaan..

Tuesday, 18 September 2012

Tersenyumlah sayang..




Senyum dalam duka, tangis dalam ketawa..
Jadikan senyuman seindah mentari  yang bersinar..
Aku ingin menjadi seperti mentari yang sentiasa bersinar menerangi sepi..
Malam hadir menggantikan siang dan bintang muncul dikala kelam malam..

Tersenyum bila hati duka, mententeramkan jiwa yang memandang..
Tertawa dalam setiap tangisan , mendamaikan hati yang sayu..
Indahnya kehidupan , tidak semua yang merasai..
Dalam mengharungi kehidupan tidak semua yang bernasib baik..
Pasti ada yang berduka, mencari kebahagiaan..

Bahagia datang dalam kedukaan, menyelit dalam tangisan..
Biarkan jiwa terus bahagia melayari kehidupan beranjau..
Biar tersungkur di tepian, namun hati tetap teguh melangkah..
Biar hidup terus menyepi  dan biar hati berbicara sendiri..
Memaknakan cinta dan meraikan sayang….

Perjalanan hidup yang sementara ..
Menjadi pelakon dalam pentas dunia..
Melakonkan skrip yang dicipta tanpa menghafalnya..
Mencari kehidupan dalam setiap watak…

 Perjalanan yang sukar menjadi pedoman hidup..
Setiap perkara menjadi pengalaman dalam menjadi manusia..
Kehidupan yang mengajar erti cinta,kasih dan sayang..
Berbukukan masa yang panjang..


Tuesday, 29 May 2012

BiLa sAat hiLanG, waKtu peRgi

bila saat waktu berlalu, takkan dapat kite kejar walau dengan kelajuan meksimum pn.
kalau pun dapat kita xkan dapat ulangi saat manis bersama...
suka duka yang dilalui penuh dengan gelak tawa, esak tangis..
biarpun yang pahit tetapi tetap manis dikenang menjadi satu lipatan sejarah..
pengalaman mengajar erti kehidupan yang penuh ranjau..
pengalaman mengajar bagaimana memulakan persahabatan..
pengalaman mengajar bagaiman hidup ini memerlukan pengorbanan..
pengalaman juga mengajar benci menjadi rindu dan kasih menjaadi sayang..


Friday, 25 May 2012

HiDup peraNtauAn

Orang kata jauh perjalanan luas pengalaman..ye ke??yes aku akui luas pengalaman. pengalaman yang pahit dan manis, tapi lebih banyak yg pahit. bagaimana mengenali budaya,percakapan, dan perangai manusia yang pelbagai ragam..kadang-kadang aku menagis keseorangan sebab aku tak mampu hadapi keadaan yg berlaku dalam hidupku..sampai satu masa aku tak dapat meluahkan kesedihan kepada orang lain, bukan sebab mereka tak mahu mendengar tapi mereka tak pernah mahu faham apa yg aku rasa..yes...sifat aku yg satu ini memang buruk...aku cepat marah dan kurang sabar.tapi kemarahan aku hanya sekejap cuma bukan untuk masa yg lama.. aku manusia yg lembut hati bila bersama kawan-kawan..aku tak mampu nk menyakiti mereka, nk marah mereka lama-lama. kerana bila aku mulakan perkenalan itu, aku ikhlaskan hati menerima kelemahan dan kelebihan mereka. bagi aku sekali berkawan biarlah sampai ke akhir hayat.dalam hati ku selepas ALLAH&RASUL,ibubapa...kawan-kawan lah yg paling aku sayang..kerana bila berjauhan dgn keluarga, hanya kawan yg sentiasa ada bersama biar susah mahupun senang..aku tahu aku seorang yg sangat manja, cengeng...tapi semua tu hanya bila aku tak mampu menanggung kesedihan. marahku bukan kebencian tapi kesedihan..sedih kerana dituduh yg bukan-bukan...sedih kerana yg melakukannya kawan sendiri..aku tak pinta kawan mengingatiku selalu...tapi cukuplah menghargai diriku yg seadanya ini...aku tahu manusia tidak ada yg sempurna,aku juga punya kelemahan...tapi aku cuba untuk perbaikinya untuk kawan-kawan kerana kau tak mahu berdendam dan menyimpan kepahitan dalam memori hidup aku....memori ku hanya yang indah sahaja...biar pahit terus menjadi penawar dan yang manis menjadi kenangan...








By Chah Chicau

KehEbatan CiNta



Hebatkan bila bercinta.Bintang..bulan..boleh dipetik..lautan..badai..gelombang segalanya rela diharungi sbg bukti cinta.Namun biarlah rasa cinta yg bersemi itu diselimuti pahala & bukannya dosa,diselimuti redha bukannya murka.
Ku petik bintang di langit..
Ku persembahkan pada kekasihku..
Sebagai bukti cinta sejati.
Ku selami lautan samudera..
Buat mencari sebutir mutiara...
Ku persembahkan pada dia...
Yang telah lama ku puja.
Ku sujud pada Rabbul Izzati dgn tangisan syahdu..
Penuh mengharap agar dipelihara cinta suciku ini..
Ku benar2 memohon pada Illahi..
Jangan pisahkan aku dan dia..
Biar ikatan suci ini..
Kekal hingga ke Jannatul Firdaus..
Kerana dia aku teramat bahagia..
Syukur padaMu Illahi atas kurniaan indah ini..

Wednesday, 23 May 2012


Lirik Lagu Memori Tercipta - Shila

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa





p/s kenangan bersama xkan aku lupa...


















Tuesday, 3 January 2012

CinTA itu TaK bUta...

APA ITU CINTA???

Adakah cinta itu bila berdua-duaan??
Adakah cinta bila kita berkapel??
Adakah cinta namanya bila melakukan perkara mungkar??
BUKAN!!!

Inilah cinta yang sebenarnya...
Disaat insan lain lena diulit mimpi indah...insan ini tetap setia bermunajat dan terus bersujud pada cinta agungnya...cinta yang tak pernah pudar malah terus mekar hingga ke akhir zaman. Kalau lah setiap manusia tahu betapa cinta ilahi itu lebih indah dari segalanya...nescaya mereka akan bersujud memohon cinta yang teragung itu..
Cinta abadi ialah cinta yang terus mekar biarpun ditinggalkan beribu tahun dan pemilik cinta itu tak pernah menangis menagih cinta dari hambanya. Bezanya cinta ilahi dan cinta manusia yang pada lahirnya indah tapi pada batilnya kosong ibarat tin yang tiada isi. Aku gemar mendengar ayat ini....

            Cintakan bunga,bunga akan layu...
            Cintakan manusia,manusia akan mati akhirnya...
            Cintakan Allah adalah cinta yang abadi kekal selamanya..

            Kerana cinta ini tak pernah layu walau panas terik dan tidak akan mati walau di tinggalkan...
Keindahan cinta boleh dirasai bila cinta itu diletakan di tempat yang terbaik kerana cinta kan manusia ibarat mencintai bunga yang harumnya hanya seketika dan segarnya hanya sementara..tapi kalau benar-benar cinta tak salah kalau meletakkan cinta yang pertama itu kepada ilahi sebelum kepada kekasih..kerana cinta itu lebih manis bila restu dari yang maha agung pemilik cinta sejati merestui ikatan yang terjalin..

NOTA HATI SEORANG PENCARI CINTA...

yang dicari 
walau bukan putera raja
biarlah putera agama

yang dimimpi 
biarlah tak punya rupa
asal sedap di pandang mata

yang dinilai
bukan sempurna sifat jasmani
asal perjuangannya ada matlamat

yang datang
tak perlu rijal yang gemilang
kerana aku serikandi dgn silam yang kelam

yang dinanti
bukan lamaran dgn permata
cukuplah akad dan janji setia

dan yang akan terjadi
andai tak sama kehendak hati
aku redha ketetapan ilahi
kerana itulah ketentuan sejak azali

wahai hati tempat jatuhnya pandangan ilahi
teruslah meraih cinta ilahi
teruslah bermujahadah menggapai redhaNya kerana
disitulah kemenangan
yang terlahir buat dirimu....

firman allah...
"dan di antara manusia ada orang yang mengangkat sesembahan selain ALLAH,mereka mencintai sebagaimana mencintai ALLAH. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada ALLAH. Dan ALLAH tidak akan menunjuki orang-orang yang fasik..."

Sunday, 1 January 2012

CeRIta HatI

Lahirnya aku ketika nabi muhammad dan sahabat telah tiada..ketika rindu ini bertapak di hati,hanya pada mu aku titipkan. Saat aku perlukan bimbingan hanya padamu aku berserah. Andai aku di takdirkan untuk hidup di akhir zaman ini,kau jaga lah aku di setiap langkah aku ya rabbi.. kerana hanya kau yang mampu aku bergantung harap. Tiap apa yang terjadi padaku hanya kau yang maha mengetaui apa yang telah tertulis untukku. Ya allah,hanya kau yang maha atas segalanya aku hanya hambamu yang menumpang kasih mu dibawah payung keimanan. Tiap langkahku kau hadirkan lah keberkatan mu untuk aku terus melangkah dengan tenang dan kau tunjukkanlah aku jalan yang kau redhai,sesungguhnya aku tak mampu hidup tanpamu di sisi.
Langkah diatur penuh gagah,namun adakah aku setabah itu untuk terus melangkah andai badai melanda hati ini. Hati initidak setabah tubuh ini yang diluar tampak begitu tenang..namun di dalam hatiku hanya tuhan yang tahu.. ketika hati merintih merindui insan mulia..ketika inilah aku bagai ingin rebah, aku tak mampu untuk berdiri saat ini.. insan yang amat aku cintai tinggalkan aku di sini dengan harapan dan doanya... tapi aku tak mampu tanpa dia disisi kerana dia inspirasiku. Kerana dia aku berada di sini,kerana dia aku hidup,kerana dia aku mampu tersenyum. Ibu ...itulah insan yang paling aku sayang,kerana insan ini lah aku lahir di dunia ini..kerana dia ibu ku..
Ibu,kenapa anak mu ini terlalu cengeng dalam melayari hidupnya. Tanpa ibu aku bagai tin kosong yang tak punya apa-apa. Hidup terasa asing tanpamu,kerana aku tak pernah jauh darimu ibu.. tapi kali ini aku terpaksa hidup jauh darimu...tapi tiap kali aku mempersoalkan kenapa aku harus berada di sini..setiap kali itu lah jawapanmu hanya ‘kerana ibu tak mampu memberi segunung harta untuk kau hidup seribu tahun lagi...hanya ilmu yang mampu ibu beri untuk kau melayari hidup tanpa ibu nanti’....tapi aku bertanya ‘mengapa ibu berbicara sebegitu??’...’kerana ibu tak bisa menongkat langit untuk menjaga kau seumur hidupmu..tapi ingat satu perkara yang ibu pesan...ibu sayang anak-anak ibu walau ibu telah tiada.’aku tak mampu menahan kata-kata itu...ibu terus menyambung bicaranya..’bila ibu dan abah tiada ,jangan lupa untuk titipkan yasin dan doamu anakku..kerana hanya itu yang boleh kau lakukan jika kamu menyayangi ibu dan abah..’terus aku berbicara..’ibu...anakmu ini berjanji akan penuhi segala permintaan mu..dan aku akan selalu berdoa ibu dan abah di panjangkan umur untuk melihat aku berjaya..ibu pernah berkatakan allah maha mendengar setiap bicara dari hambanya yang ikhlas..dan aku akan berdoa untukmu ibu seikhlas hatiku kerana kau insan yang teratas dalam hatiku’....saat ini berlinangan air mata ibu...’ibu jangan menagis..kerana aku tak mampu melihat kau dalam kesedihan..air matamu hanya untuk kejayaanku ibu bukan untuk bicara ini..ibu ampunkan aku kerana membuat kau menangis..